Wednesday, August 9, 2017

Sesuaikan Sistem Undian dijalankan untuk Syiling Peringatan?

Hari ini bermulalah episod baru didalam Sejarah pembelian Duit Syiling Peringatan Malaysia, dimana ianya dijual melalui proses pengundian awam untuk memastikan pengagihan secara adil kepada para pembeli. Terima kasih kepada Bank Negara Malaysia (BNM) yang berusaha untuk memperbaiki sistem yang ada sebelum ini.

Syiling 100 tahun Sawit

Selain proses pengundian awam, perlu juga di ingat, harga syiling peringatan kali ini juga dinaikkan. Di dalam keadaan pasaran numismatik yang lesu pada ketika ini, kenaikan harga tersebut sedikit sebanyak memberi kesan kepada collector.

Ini jadual asal seperti mana yang di umumkan oleh BNM sebelum ini, Sistem Balloting untuk Syiling 100 tahun Sawit:
7.00 pagi: Pendaftaran Tempahan Dibuka
11.00 pagi: Pendaftaran Tempahan Tutup
11.30 pagi: Pengundian
2.00 petang: Pengumuman Keputusan Undian dan Pengambilan

Mengikut peraturan yang diberikan BNM, setiap orang hanya boleh membeli 1 Set 2 dalam 1, 1 set Single silver dan 3 keping coincard sahaja. Selain itu, setiap orang akan diberikan tag nombor (tag nombor seperti sebelum ini) dan ianya tidak boleh dibuka sehinggalah duit syiling di ambil dan dibayar di kaunter jualan. Mereka yang menang proses pengundian awam dikehendaki untuk mengambil duit syiling mereka sebelum jam 4.00 petang pada hari yang sama (9hb Ogos).

Jika menurut jadual asal, syiling yang dimenangi hanya boleh di ambil pada jam 2.00 petang dan pendaftaran tempahan ditutup pada jam 11.00 pagi.

Seperti yang dijanjikan, pendaftaran tempahan ditutup tepat pada jam 11.00 pagi, siapa yang lewat tidak dapat mendaftar untuk undian. Nasib baik di Sasana Kijang tidak ramai collector yang sempat untuk sampai tepat jam 11.00 pagi, proses undian tidak dijalankan dan semua collector yang datang dapat apa yang mereka hajati.

Malangnya, ramai yang datang lewat kerana beranggapan serta berharap pendaftaran tempahan masih boleh dibuka selepas jam 11.00 pagi dan tidak kurang juga yang tidak tahu mengenai proses pengundian awam yang telah pun dijalankan.

Sambutan serta layanan daripada kakitangan BNM untuk kali ini juga sememangnya lebih baik daripada yang sebelum ini dan proses jualan di Sasana Kijang berjalan dengan lancar.

Pada pendapat kami, jika BNM ingin mengadakan proses pengundian awam, adalah lebih baik jika ianya dijalankan secara online. Berilah ruang masa sekurang-kurangnya seminggu (7 hari termasuk Sabtu dan Ahad) untuk para collector mengambil Duit Syiling yang mereka telah menang.

Jika keadaannya seperti rancangan asal BNM, kelihatan seperti pembeli terpaksa berkampung di BNM sehingga 1 hari waktu bekerja, sudah pasti perlu mengambil cuti. Nasib baik, proses pengundian awam tidak dijalankan untuk kali ini.

Pengumuman mengenai proses pengundian awam Duit Syiling 100 tahun Industri Sawit juga adalah didalam masa yang singkat (1 hari), bukan semua orang ada masa melihat Internet 24jam. Untuk collector yang berumur, sudah pasti ada kemungkinan mereka tidak dapat maklumat tersebut.

Jika pasaran duit syiling rancak semula, sudah pasti cara sekarang akan dimonopoli semula oleh dealer-dealer dengan macai-macai mereka. Dengan harga yang agak tinggi serta pasaran numismatik yang lesu, tidak ramai dari mereka yang muncul, hanya dealer-dealer pre-order sahaja.

Walau bagaimanapun, suatu usaha yang baik daripada BNM untuk mengubah cara jualan syiling peringatan. Cuma, perlu di ingat kebanyakkan collector ini ada kerja hakiki bukan seperti dealer yang mencari untung menjual duit syiling peringatan. Kebanyakkan dari kami beli nak simpan bukan nak jual dan nak bercuti kena memohon dulu sebab kami kerja makan gaji sahaja bukan boss besar.

Pendapat rakan collector:

1. Mohd Azzmi Nor patut daftar tutup awal sikit..1030 ke... 11 cabut undi..1130 umum dan terus jual. .

better diorg buat pre- registration... kena complete detail.. age pon letak more than 18y baru layak beli.. then kalau ada coin baru diorg akan infrom thru sms..then org akan register online.. sapa yg dpt akan dipanggil ke bnm pada sekian2 tarikh dan waktu..xde la org buang masa.

2. Hooi Yew system is good but it should have been inform earlier. if want to do this, better do it on saturday or sunday so that people got time to come.

one more point, due to ballot , this will cause other city collector to dont dare to travel to KL because there is this possiblity that they might come back empty hand. which i suspect is one of the reason got less people today n will affect future too. BNM need to distribute more to other branch.that have more buyer like penang. i hear penang got a lot of collector. might be wise to increase some there.

3. Helmy Rose dealer dan macai2 mereka.. pergh... kdg2 frust gak.pukul 6pg dh p bnm. sampai pukul 7.beratur nombor 175.klu item pun kluar limited utk 1 mlaysia.ada hrpn ka dpt miliki item yg kita nak.baru masuk 20org ke kaunter item sold out.


Pendapat anda?