Khamis, 16 Mac 2017

Set LIMA terjual RM7800 di Trigometric Auction 5

Set 3 dalam 1 Duit Syiling Peringatan Pameran Maritim dan Udara Langkawi 2003 (LIMA 03) berjaya dilelong pada harga RM7800 (tidak termasuk premium pembeli) di acara lelongan Trigometric Auction 5 di Hotel Hilton Petaling Jaya, (P.J. Hilton), Petaling Jaya, Selangor.

LIMA Proof set of 3

Hanya 100 set duit syiling itu dikeluarkan yang mengandungi duit syiling emas, perak dan tembaga-nikel peruf.

Selain set 3 dalam 1 duit syiling LIMA 2003, antara duit syiling lain yang berjaya dilelong adalah:

  • Lot 83: Medallion Kuala Lumpur Money Fair 2002 dilelong pada harga RM140.
  • Lot 86: 1989 Selangor Pewter - SEA Games dilelong pada harga RM180.
  • Lot 88: Siri Haiwan terancam dengan Kotak dan sijil dilelong pada harga RM1000.
  • Lot 98: Ulangtahun ke-25 Bank Negara Malaysia dilelong pada harga RM150.
  • Lot 105: 25 tahun KWSP dilelong pada harga RM140.
  • Lot 105A: Set Proof duit syiling edaran 1992 dilelong pada harga RM1000.
  • Lot 110: Set Proof duit syiling edaran 1980 dilelong pada harga RM1200.
  • Lot 114: Ulangtahun ke-25 Bank Negara Malaysia dilelong pada harga RM250.
  • Lot 121: Ulangtahun ke-30 Bank Negara Malaysia dilelong pada harga RM230.
  • Lot 122: Melaka sebagai bandaraya dilelong pada harga RM260.
  • Lot 124: Set Proof duit syiling edaran 1992 dilelong pada harga RM950.
  • Lot 125: Set 2 dalam 1 Malaysia Non-Aligned Movement (NAM) dilelong pada harga RM800.
  • Lot 126: Set 2 dalam 1 100 tahun Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dilelong pada harga RM1900.
  • Lot 126A: Set Proof duit syiling edaran 1980 dilelong pada harga RM1400.
  • Lot 128: Set duit syiling siri ke-3 dengan kotak dilelong pada harga RM280.
  • Lot 129: 1971 Tunku Abdul Rahman bukan proof dilelong pada harga RM2900.
  • Lot 130: Syiling Emas Sukan SEA ke-9 dilelong pada harga RM1000.
  • Lot 135: Set 3 dalam 1 45 tahun merdeka dilelong pada harga RM5000.
  • Lot 137: Syiling emas 100 tahun Tunku Abdul Rahman dilelong pada harga RM3200.
  • Lot 138: Set 3 dalam 1 100 tahun Tunku Abdul Rahman dilelong pada harga RM6000.

*Harga tidak termasuk Buyer Premium dan GST.

KL Money Show

Acara lelongan Trigometric Auction 5 berlangsung daripada jam 11.00 pagi sehingga jam 6.00 petang hari ini dan pada keesokan harinya, acara Pameran Wang Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 akan di adakan di tempat yang sama dari 17 sehingga 19 Mac 2017 (10.00 pagi hingga 6.00 petang).

Acara yang diadakan buat julung kalinya oleh Trigometric Sdn Bhd itu akan dihadiri oleh syarikat-syarikat numismatik daripada luar negara, antaranya:
  • Numismatic Guaranty Corporation® (NGC®)
  • Numismatic Conservation Services® (NCS®)
  • Paper Money Guaranty® (PMG®)
  • PCGS Currency
  • Professional Coin Grading Service (PCGS®)
  • Stacks Bowers Numismatic Auctions
  • Spink & Son
  • Collectibles Auction Asia (CAA)
  • Shanghai Mint Co., Ltd.
  • Shenyang Mint Co., Ltd.
  • Nanchang Banknote Printing Co., Ltd.
  • China Gold Coin Inc. (CGCI)
  • China Association of Collectors
  • Beijing China Numismatic Authentication & Grading Ltd.
  • Monetarium Singapore

Pakar pengredan antarabangsa Bruce Thornton daripada Paper Money Guaranty® (PMG®) akan melakukan penilaian percuma wang kertas semasa acara Pameran Wang Antarabangsa Kuala Lumpur. Anda boleh membaca dengan lanjut mengenainya disini: free evaluations of paper money at Trigo Money show.

Untuk laporan penuh acara lelongan Trigometric Auction 5 yang telah selesai hari ini akan kami kongsikan kemudian di lunaticg.blogspot dan terima kasih kepada rakan blogger syilingperingatan.blogspot kerana memberikan maklumat berkenaan keputusan acara lelongan hari ini.