Ahad, 5 Februari 2017

Pos Laju Ezibox & Prepaid Dropbox

Pos Laju Prepaid Dropbox, mesin layan diri untuk pengeposan item prabayar Pos Laju, serta Pos Laju EziBox, alamat alternatif pelanggan untuk menerima bungkusan poslaju telah dilancarkan sejak 26 Mei 2016. Perkhidmatan inovatif yang dilancarkan oleh Pos Laju itu agak praktikal dan kelihatan memudahkan mereka yang sibuk bekerja di pejabat di siang hari.

Poslaju Dropbox

Namun, setelah hampir setahun ianya dilancarkan, kedua-dua produk dan perkhidmatan inovatif ini seperti suam-suam kuku. Carian maklumat kami di laman web Pos Laju juga tidak ada dinyatakan sebarang pertambahan kawasan atau tempat Pos Laju Ezibox & Prepaid Dropbox ini diletakkan selain daripada maklumat yang dikongsi semasa hari pelancarannya.

Semasa hari pelancarannya, POS Malaysia Berhad (Pos Malaysia) menyasarkan mempunyai 60 Pos Laju EziBox di seluruh negara pada tahun 2016 jika ianya mendapat sambutan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata, pengenalan Pos Laju EziBox merupakan inisiatif Pos Malaysia memenuhi keperluan pelanggan e-Dagang.

“Pos Malaysia sedang mengkaji kemungkinan meletakkan Pos Laju EziBox di lokasi strategik lain seperti di sekitar stesen LRT dan kawasan kediaman dan pejabat yang boleh diakses 24/7 oleh orang ramai,” katanya.

Katanya, dengan akses 24/7 kepada pengguna, loker itu membolehkan pelanggan mengambil bungkusan pos laju mereka pada bila-bila masa dengan tiga langkah mudah.

POSLAJU PREPAID DROPBOX

Semasa kami melihat Sifu Dickson Niew membuat penghantaran menggunakan Poslaju Prepaid Dropbox ini, kami melihat tidak ada maklumat ringkas cara-cara penggunaan atau ianya tidak jelas. Jika berlaku kesilapan juga, resit bukti pengeposan tidak dicetak, anda terpaksa mencari kakitangan pejabat pos yang ditugaskan untuk mengendalikan Dropbox ini. Bayangkan jika ianya berlaku di tempat yang tiada kakitangan pejabat pos, apa yang akan berlaku? Mungkin Dropbox ini masih lagi diperingkat ujicuba, semoga ada penambahbaikan dibuat dimasa hadapan.

Cara Penggunaan Poslaju Prepaid Dropbox:
1. Tekan Bahasa yang anda pilih,
2. Scan Barcode Poslaju Prepaid,
3. Masukkan Poskod Penerima,
4. Masukkan Poslaju Prepaid ke dalam Dropbox dan
5. Tekan sila tekan jika anda ingin menambah Poslaju Prepaid ke dalam Dropbox. Ulang proses untuk menambah Poslaju Prepaid jika anda tekan 'tidak', resit bukti pengeposan akan keluar.

Kami pasti ada banyak lagi lokasi Poslaju Prepaid Dropbox ini tetapi carian di laman web rasmi Pos Malaysia dan Pos Laju tiada maklumat.

Lokasi Poslaju Prepaid Dropbox:

Kuala Lumpur
EZIDROP DAYABUMI COMPLEX
Pos Laju Kiosk, e-Commerce Hub, Level 1 Dayabumi Complex, 50670 Kuala Lumpur.

EZIDROP KUALA LUMPUR
Pusat Pos Laju Kuala Lumpur, Jalan Tun Sambathan, 50470 Kuala Lumpur.

EZIDROP TESCO CHERAS
Pejabat Pos Tesco Cheras, F40A No 2, Jalan Midah 2, Taman Midah, 51200 Cheras, Kuala Lumpur.

EZIDROP CHERAS
Pusat Pos Laju Cheras, No 5 & 7 Jalan 12/91A, Taman Shamelin Perkasa, Batu 3 1/2 Cheras, 56100 Kuala Lumpur.

Selangor
EZIDROP BANDAR BARU BANGI
Pusat Pos Laju Bandar Baru Bangi, No 40 Jalan P10/21, Taman Industri Selaman, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

EZIDROP SUBANG JAYA
2098, Persiaran Subang Mewah, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor


POSLAJU EZIBOX
Poslaju Ezibox

Pos Laju EziBox disasarkan bagi memenuhi keperluan penghantaran yang tiada penerima.Bungkusan ini akan dihantar ke Pos Laju EziBox berdekatan untuk diambil sendiri oleh penerima dalam tempoh 48 jam selepas menerima notifikasi SMS daripada Pos Laju. Perkhidmatan ini boleh digunakan pembeli-pembeli atas talian (online) untuk memilih menggunakan Pos Laju EziBox sebagai alamat alternatif bagi penghantaran bungkusan Pos Laju mereka.


Cara Penggunaan Poslaju Ezibox:
1. Pelanggan menerima notifikasi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) yang memberitahu mereka untuk mengambil bungkusan mereka di Pos Laju EziBox dalam tempoh 48 jam berserta nombor PIN;
2. Pelanggan memasukkan nombor PIN yang diberikan untuk membuka loker.
3. Pelanggan mengambil bungkusan dari loker.


Lokasi Poslaju Ezibox:

Kuala Lumpur
EZIBOX SHELL TAMAN CONNAUGHT
Jalan Cerdas, Taman Connaught, 56000 Kuala Lumpur.
GPS : 3.081412, 101.732513

EZIBOX SUNGAI BESI
Pejabat Pos Sungai Besi, Jalan Pejabat Pos, Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur.
GPS : 3.063714, 101.709235

EZIBOX DAYABUMI COMPLEX
Pos Dayabumi, Jalan Tan Cheng Lock, City Centre, 50500 Kuala Lumpur.
GPS : 3.144105, 101.693719

Selangor
EZIBOX SHELL DAMANSARA JAYA
Jalan SS 24/1, Taman Sea, 47400 Petaling Jaya, Selangor.
GPS : 3.124047, 101.613776

EZIBOX KELANA JAYA
Pos Malaysia Kelana Jaya, No 2 Jalan SS 6/2, SS 6, 47301 Petaling Jaya, Selangor.
GPS : 3.101110, 101.598119

EZIBOX BANDAR BARU BANGI
Pos Laju Bandar Baru Bangi, No 40 Jalan P10/21, Taman Perindustrian Selaman, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
GPS : 2.979247, 101.746585

EZIBOX GOMBAK
Pos Malaysia Gombak, 1950 & 2793 Batu 5, Jalan Gombak, 53000 Kuala Lumpur.
GPS : 3.212479, 101.710008

EZIBOX LRT GOMBAK
Stesen LRT Gombak, Jalan Terminal Putra, 53100 Kuala Lumpur.
GPS : 4.230995, 103.427967

Johor
EZIBOX JOHOR BAHRU
GPO Johor Bahru, JKR 2521, Jalan Dato' Onn, 80000 Johor Bahru, Johor.
GPS : 1.456178, 103.761890

Terengganu
EZIBOX CHUKAI
Pejabat Pos Chukai, JKR 280, Jalan Masjid, 24000 Chukai, Terengganu.
GPS : 3.230744, 103.724102


Ramai juga netizen yang mengecam Pos Laju kenapa perlu mereka mengambil Pos Laju mereka di Pos Laju Ezibox? Sedangkan Pos Laju sepatutnya menghantar barang yang dihantar ke alamat yang diberikan. Jika anda melawat ke Facebook page rasmi Pos Malaysia, ramai pengguna yang mengadu (walaupun disana bukan tempat aduan) tentang barangan mereka yang tersalah hantar, tidak sampai, hilang dan perkara yang sudah menjadi kelaziman, Posmen tidak menghantar Pos Laju tersebut ke rumah atau cuba menghubungi penerima sebaliknya penerima diminta mengambil sendiri barangan di Pejabat Pos Laju yang berdekatan.

Pos Laju sepatutnya memperbaiki mutu perkhidmatan berdasarkan aduan yang diterima daripada pelanggan. Pos Laju Ezibox sewajarnya hanya dijadikan sebagai alternatif jika pengguna memerlukannya, bukan dijadikan sebagai tempat 'serahan' untuk barangan Pos Laju yang dikatakan tidak ada penerima dirumah.