Selasa, 7 Februari 2017

Medalion Pengisytiharan Putrajaya Wilayah Persekutuan

Medalion peringatan ini diterbitkan sempena dengan Pengisytiharan Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan yang di isytiharkan pada 1 Februari 2001. Kad Medal peringatan Malaysia ini dikeluarkan oleh The Royal Mint of Malaysia.

Perdana Putra

Muka hadapannya memaparkan bangunan Perdana Putra (bangunan Jabatan Perdana Menteri) dengan perkataan "SEMPENA WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA" mengelilingi bangunan tersebut.

Masjid Putra

Bahagian belakangnya memaparkan Masjid Putra dengan bendera wilayah persekutuan dibelakangnya dan juga tarikh "1 FEBRUARI 2001". Roman pillar di kiri dan kanan Masjid Putra menunjukkan ciri-ciri rekabentuk parsi dan rome yang digunakan untuk mereka bangunan tersebut.

Setakat rekod yang ditemui, ianya hanya dikeluarkan didalam dua variety, kad berwarna biru dan juga kad berwarna coklat, kedua-dua medallion yang terdapat didalam kad tersebut mempunyai rekabentuk yang sama.

Coincard biru putrajaya

Coincard coklat putrajaya

Medal peringatan ini diperbuat daripada Copper Nickel (75% Copper 25% Nickel) dengan rekabentuk dihasilkan oleh Tuan Ismail Ibrahim. Ia mempunyai diameter 33.7mm serta berat 16.8g.

Tidak ada maklumat berkenaan dengan jumlah mintage/pengeluarannya. Coincard berwarna biru agak jarang kelihatan di pasaran berbanding dengan coincard berwarna coklat.

Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Copper Nickel
Logam: 75% Copper 25% Nickel
Kuantiti Tempaan (mintage):  tak tahu
Garis Pusat (mm): 33.7
Berat(g): 16.8
Tebal (mm): 2.6
Harga Pasaran semasa: (Untuk harga terkini, rujuk: Senarai Harga Medal Peringatan Malaysia )


Pada 1 Februari 2001, Pengisytiharan Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan disempurnakan oleh Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad di Dataran Perdana. Dr. Mahathir yang diiringi oleh timbalannya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri Besar Selangor Datuk Dr. Mohamad Khir Toyo kemudiannya menandatangani plak perisytiharan Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan.

Perdana Menteri turut menyerahkan bendera Putrajaya kepada Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Azizan Zainul Abidin. Perbadanan Putrajaya diberi tanggungjawab membangun, mengurus dan mentadbir kawasan Putrajaya yang berkeluasan 4,581 hektar bagi pihak kerajaan Persekutuan. Pusat Pentadbiran Putrajaya yang terletak 25 kilometer ke selatan Kuala Lumpur dan 25 kilometer ke utara dari Lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang dibina berasaskan konsep mesra alam, mesra manusia dan melambangkan hubungan manusia dengan pencipta-Nya.

Bandaraya yang berkonsepkan Bandaraya Dalam Taman ini dinamakan sebagai Putrajaya bagi mengabadi jasa dan pengorbanan Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Bapa Kemerdekaan dan Bapa Malaysia.