Isnin, 30 Januari 2017

Pameran Lestari Alam, Muzium dan Galeri Seni Bank Negara

Mungkin tidak ramai yang minat dengan lukisan disini tapi pada pendapat kami, Pameran Lestari Alam (Natured Nurtured exhibition) yang sedang berlangsung sekarang sehingga 18 Jun 2017 di Aras 2, Muzium dan Galeri Seni Bank Negara adalah pameran lukisan yang menarik dan tidak rugi untuk mengunjungi pameran tersebut.

Lestari Alam

Menurut kenyataan rasmi Muzium dan Galeri Seni Bank Negara, Pameran ‘Lestari Alam’ mengetengahkan keajaiban alam semula jadi di Malaysia menerusi karya yang dihasilkan oleh seniman-seniman kontemporari yang terpilih. Ia menampilkan hampir 80 karya seni, kebanyakannya dalam genre realisme. Pameran ini menyaksikan penglibatan mereka secara langsung dalam mengekalkan keseimbangan alam yang kian terancam. Menerusi pemerhatian dan usaha seniman-seniman tanah air ini, ia juga membuktikan Malaysia memiliki alam dan hidupan yang pelbagai.

Antara Seniman yang mempamerkan karya seni mereka:
  • Abd Rasid Yusof
  • Adrian Ho
  • Charles Mawan
  • Choo Beng Teong
  • Dr Neoh Chin Boon
  • Jaafar Taib
  • Johan Marjonid
  • Latif Maulan
  • Monica Lee
  • Moy Siew Ting
  • Ong Soo Keat
  • Sazri Russalan
  • Teh Yew Kiang
  • Yeap Tho Seng
  • Zaharuddin Sarbini

Antara Bakat Seni Bank yang mempamerkan karya seni mereka:
  • Abdul Muid Latif
  • Herman Rawi
  • Ikhwanizam Ibrahim
  • Kamisah Abd Kadir
  • Khairulzamani Hamzah
  • Mohd Ubaidillah Daud
  • Mohd Faizal Abdul Latif
  • Myrela Sabtu
  • Nurul Fatin Shakira Helmi
  • Rebecca Chong Shu Wen
  • Rina Abdul Rahim
  • Shahril Nizam Abdollah
  • Tan Mei Yueh

Semasa kunjungan kami ke Pameran Lestari Alam, tidak ramai pengunjung yang masuk ke dewan pameran sementara tersebut. Kebanyakan pengunjung lebih tertumpu ke Galeri kanak-kanak dan juga galeri numismatik.

Kebetulan semasa kunjungan kami, ada beberapa orang pelancong luar negara yang hadir ke pameran tersebut yang teruja dan balik-balik mengucapkan "stunning" dan "beautiful" setiap kali melihat lukisan-lukisan alam semulajadi Malaysia yang dipamerkan. Perkataan-perkataan itu yang di ucapkan berulang-ulang sudah cukup untuk mengambarkan betapa bakat rakyat Malaysia yang dipamerkan tersebut amat mengkagumkan.

burung dipaya bakau

Jaafar Taib

ayam hutan

Ada daripada lukisan tersebut jika ditenung lama-lama membuatkan seolah-olah haiwan yang kita lihat di lukisan itu seperti ada didepan mata.

Abdul Muid Latif

Pameran kali ini juga memaparkan hasil kerja tangan daripada kakitangan Bank Negara sendiri yang tidak kurang hebatnya berbanding dengan nama-nama besar seniman tanahair.

Jangan lupa untuk mengunjungi pameran ini

Tarikh: 19.1.2017 hingga 18.6.2017 (10am-6pm)
Tempat: Galeri Sementara, Aras 2, Muzium dan Galeri Seni Bank Negara.

Anda boleh melihat sebahagian dari gambar lukisan yang dipamerkan disini: