Isnin, 26 Disember 2016

Top 3 artikel Numismatik Popular 2016

Tahun 2016 menyaksikan 133 artikel dikongsi oleh Malaysiancoin.com kepada pembaca. Daripada 133 artikel tersebut, kami memilih Top 3 artikel Numismatik Popular 2016 yang dipilih berdasarkan jumlah pageviews post tersebut.

Top 3

Sehingga hari ini, lebih daripada 9.5 juta pageviews telah diterima oleh pembaca Malaysiancoin.com sejak tahun 2012, kebanyakkan pembaca adalah daripada Malaysia (91%) selain Singapura dan juga Indonesia. Kami di Malaysiancoin.com mengucapkan terima kasih kepada pembaca yang masih setia dengan kami.

Berikut adalah Top 3 artikel Numismatik paling Popular untuk tahun 2016:


No. 3: Set Syiling Peruf Dilelong di Singapura

ABU BAKAR

Acara lelongan Collectibles Auction Asia (CAA) ke 7 pada 23 April 2016 di Hotel Landmark Village, Singapura menyaksikan set syiling peruf yang dikeluarkan khas oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk anugerah perkhidmatan kakitangan keselamatan "ENCIK ABU BAKAR BIN MAT DAUD" telah dibaca sebanyak 24,886 kali. Set duit syiling yang diberikan kepada Kakitangan BNM yang telah lama bekerja dengan mereka itu amat jarang ditemui dan tidak pernah dilihat didalam acara lelongan awam sebelum ini.

Info lanjut, sila baca: Syiling peruf Malaysia keluaran khas di CAA Auction 7


No. 2: Maria Sia, Pereka syiling ulang tahun ke-20 WWF

WWF Malaysia

Cerita mengenai pereka syiling ulang tahun ke-20 WWF, Puan Maria Sia yang disiarkan didalam keratan akhbar di New Straits Times bertarikh 15 Disember 1992 telah dibaca sebanyak 40,012 kali. Didalam keratan akhbar tersebut hanya dinyatakan Puan Maria Sia adalah pereka untuk corak abstrak di bahagian hadapan syiling WWF tersebut. Corak-corak abstrak tersebut berbentuk bayangan haiwan terancam; harimau dahan, burung botak upeh dan ikan.

Pereka syiling ulang tahun ke-20 WWF


No. 1: Cerita mengenai Syiling Edaran tahun 2003 Royal Mint of Malaysia

Syiling edaran 2003

Artikel yang paling popular untuk tahun 2016 adalah artikel mengenai jawapan yang diberikan oleh Tuan Ismail Ibrahim, Master Designer Royal Mint of Malaysia mengenai syiling edaran 2003 yang pernah dicadangkan oleh The Royal Mint of Malaysia, ianya telah dibaca sebanyak 40,343 kali. Rekabentuk syiling baru tahun 2003 yang dikongsikan oleh akhbar pada tahun tersebut tidak pernah dikeluarkan dan tidak pernah dikongsikan oleh Bank Negara Malaysia. Sampel duit syiling tersebut dikatakan telah dibuat tetapi tidak diketahui adakah ianya masih lagi didalam simpanan BNM? Adakah kita berpeluang untuk melihat rekaan tersebut dimasa hadapan?

Info lanjut, sila baca: Jawapan designer Royal Mint mengenai syiling edaran 2003