Selasa, 15 November 2016

Syiling luar negara, lain orang lain koleksinya

Setiap orang collector mempunyai minat, sebab dan kepuasan yang berbeza di antara satu sama lain. Hari ini, kami bertanya dengan rakan-rakan di Facebook page mengenai duit syiling luar negara yang dikumpul oleh mereka. Pelbagai jawapan diberikan, ada yang menjawab dengan pendek dan ringkas, tidak kurang juga yang bercerita panjang lebar mengenai koleksi yang mereka ada. 😃
Syiling luar negara


Agak mengejutkan juga apabila orang pertama yang memberikan komen menyatakan beliau menyimpan duit syiling zodiak dari Singapura.😮 Terkejut kerana Mohd Harfizi Jaafar seorang Melayu, kebiasaannya rakan-rakan berbangsa Cina yang sukakan syiling zodiak. Beliau menyatakan setakat ini hanya membeli syiling zodiak dari Singapura sahaja.

Sekali lagi agak terkejut dan teruja apabila Master Designer Ismail Ibrahim yang pernah mengeluarkan rekaan-rekaan menarik syiling Royal Mint turut sama berceloteh didalam perbincangan tersebut. 😀 Walau bagaimana pun, beliau tidak menyatakan beliau suka mengumpul syiling dari negara mana. Untuk seorang pereka duit syiling, sudah pastilah mana-mana sahaja duit syiling yang menarik rekaannya akan menjadi koleksi beliau. Semoga dimasa hadapan, kita akan dapat melihat semula rekaan terbaru duit syiling beliau.

Salah seorang pembaca setia page kami, Zola Abm Sukririeyie menyatakan yang beliau mengumpul syiling dari Canada dan Aaustralia. 😎
"Coin cantik..kuat dipasaran..rekabentuk coin..alam flora..warna menarik..motif sejarah negara..cerita rakyat negara tersebut pun diukir dipermukaan coin" katanya.

Zairul Fazwan Md Zainordin pula mengumpul syiling dari Thailand, Indonesia, Japan, Brunei, Vietnam, Laos, Australia, Singapore dan Korea. Beliau mengumpul duit syiling dari negara tersebut kerana ada rakannya yang belajar disana dan juga pergi melancong ke negara tersebut. Beliau bertuah kerana ramai rakan-rakan yang sanggup membantu. Adakalanya, ada yang membantu beliau mendapatkan syiling peringatan yang boleh diperolehi dalam edaran. 😊

Vinz Lee, antara peminat duit syiling luar negara pula sudah mengumpul lebih daripada 75 buah negara. Cuma dengan keadaan nilai Ringgit yang rendah sekarang ini, beliau antara mereka yang turut terbeban dengan kejatuhan nilai Ringgit. 😩

En Ejad pulak yang berada di United Arab Emirates (UAE) mengumpul duit syiling dinegara tersebut.

Mizi Al Hafiz mengumpul duit syiling luar negara kerana pernah bekerja dinegara tersebut. Katanya, "Mula-mula area Europe lain negeri lain coin logo. Then Middle east far east. Canada sekarang di Asia Tenggara. Coin simpan tapi bukan dalam album." 😯

Saifudin Mazlan pula menyimpan duit Brunei kerana mereka adalah negara jiran Malaysia, senang diperolehi, reka corak menarik dan yg paling penting kualiti tempaan yang baik.

AHk Lima Belas mengumpul duit dari pelbagai negara. Beliau lebih berminat dgn syiling bermotif flora dan fauna dan juga bercirikan klasik. Beliau berminat dengan kepelbagaian rekabentuk yang sangat cantik dan menarik. AHk Lima Belas mempunyai impian untuk mengumpul sekurang-kurangnya sekeping syiling daripada setiap negara/wilayah/negeri dan sebagainya termasuk negara atau kesatuan yg sudah tidak wujud yang jumlah keseluruhannya 300 lebih. Beliau menggunakan numista untuk memudahkan menyusun koleksinya. 😲

Stewart Tan Say Liew suka mengumpul duit Thailand kerana isterinya berasal dari negara tersebut. Beliau mengumpul syiling Malaysia kerana sukakan numismatik Malaysia, sampai skrg masih tidak lengkap lagi. Hanya syiling pruf sahaja yang sudah mencapai 90%.

Sepertimana yang dikatakan oleh Si Mistri, setiap orang ada citarasa mereka masing-masing.

Tahap kepuasan setiap individu juga adalah berbeza. Jika ditanya lagi, mungkin ada yang hanya akan mengumpul syiling pada gred yang tinggi UNC/BU sahaja.

Hobi mengumpul duit lama mempunyai pelbagai bidang dan cabang yang berbeza.

Lain orang lain koleksinya, setiap orang menyertai hobi ini untuk mendapat keseronokan yang hanya dirasai oleh pemilik koleksi tersebut.

Hormat koleksi orang lain, bincanglah tetapi jangan sampai menghina. 🙆

Terima kasih kepada rakan-rakan yang menyertai perbincangan siang tadi.