Selasa, 11 Oktober 2016

Trigometric Auction 4: 5 hari lagi

Dalam masa 5 hari sahaja lagi, Trigometric Sdn Bhd akan mengadakan acara lelongan mereka yang ke-4 pada 16 Oktober 2016 di Hotel Hilton PJ. Trigometric Auction 4 akan di adakan di Serunai Suite, Level 1, Hotel Hilton, Petaling Jaya bermula dari jam 9.30am hingga kira-kira jam 5.00 petang.


473 lot duit syiling dan wang kertas (10 lot telah ditarik balik) akan dilelong semasa acara lelongan Trigometric Auction 4 tersebut.

Di antara duit syiling yang mendapat tumpuan untuk acara lelongan ini adalah Lot 85 - Duit Syiling Peringatan 100 Ringgit emas pruf Langkawi International Maritime & Aerospace (LIMA) yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 2003 dengan jumlah mintage hanya 50 set. Bidaan untuk syiling itu bermula pada harga RM6,000 dan dijangka boleh mencecah sehingga RM8,000.

Selain itu, acara lelongan ini juga sekali lagi menawarkan Syiling Peringatan Emas Millennium Tahun 2000 (lot 83) pada harga permulaan RM8,000. Jika anda masih ingat, semasa Trigometric Auction 2, 1 set duit syiling ini terjual pada harga RM9,500 (tanpa premium pembeli).

Piala Thomas 1992

Selain itu, untuk Lot 61 Trigometric menawarkan Medallion Piala Thomas 1992 (Malaysia 1992 Thomas Cup Medallion), dengan harga bidaan bermula daripada RM600. Medallion untuk memperingati kemenangan Malaysia menjulang Piala Thomas pada tahun 1992 tersebut diperbuat daripada .925 perak tulen dan ditempa di Birmingham Mint. Sebanyak 2,500 set medallion ini ditempa untuk jualan diseluruh dunia.

Lot utama untuk acara lelongan Trigometric Auction 4 ialah wang kertas 1000 Ringgit siri ke-6 tanpa nombor prefix yang ditandatangani oleh Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Jaffar Hussein. Harga bidaan permulaan untuk wang kertas yang mendapat gred PMG 66EPQ itu adalah pada RM15,000 dan dijangka boleh terjual sehingga RM30,000.


Berikut adalah maklumat mengenai acara lelongan Trigometric Sdn Bhd, 16 Oktober ini:

Acara Lelongan:
Tarikh : 16.10.2016 (Ahad)
Tempat : Hilton Hotel, Petaling Jaya (Serunai Suite 1 & 2)
Masa : 9.30 pagi to 5 petang

Pratonton Lot lelongan:
Tarikh : 14.10.16 - 15.10.16 (Jumaat-Sabtu)
Tempat : Trigometric Amcorp Mall
Masa : 10.30 am - 6 pm

Mengambil Lot Lelongan:
Tarikh : 17.10.16 (Isnin)
Tempat : Trigometric Amcorp Mall
Masa : 10.30 am - 6 pm

Anda sudah boleh mula membida secara live untuk Trigometric Auction 4/2016 di website www.liveauctioneers.com.