Selasa, 25 Oktober 2016

Syiling FELCRA, berita gembira atau duka?

Khabar angin mengenai syiling FELCRA adalah maklumat mengenai duit syiling peringatan 2016 yang terawal kami terima tetapi sehingga kini belum dikeluarkan lagi. Pagi tadi, kami menerima maklumat mengenai Syiling Peringatan Sambutan Jubli Emas 50 tahun FELCRA.

FELCRA coin

Maklumat itu dikongsikan di laman web tayangan slaid secara online untuk persembahan slaid "Taklimat Perlaksanaan Jubli Emas 50 Tahun FELCRA" oleh kakitangan FELCRA.

Apa yang menariknya mengenai Persembahan yang mempunyai 20 slide secara keseluruhan tersebut adalah pada slide no.6 yang memaparkan reka bentuk kad 1 Ringgit emas nordic . Dibawah lakaran reka bentuk tersebut terdapat tulisan "Design 5" dan terdapat juga jumlah tempahan syiling kepada Bank Negara.

1 Ringgit FELCRA

Reka bentuk kad untuk syiling 1 Ringgit itu memaparkan maklumat dan sejarah FELCRA dengan latar belakang logo syarikat kerajaan tersebut. Terdapat maklumat spesifikasi 1 Ringgit, jumlah tempaan dan juga tarikh keluaran tetapi daripada rujukan kami, ianya adalah untuk syiling terdahulu, Syiling Kejohanan Ping Pong Berpasukan Dunia 2016 berdasarkan kepada tarikh syiling tersebut dikeluarkan.

Tidak ada reka bentuk untuk duit syiling FELCRA dikongsikan di dalam slaid taklimat tersebut.

tempahan

Jika dilihat kepada "jumlah tempahan syiling kepada Bank Negara", ianya memberikan gambaran ianya adalah maklumat tempahan duit syiling yang telah dibuat kepada Bank Negara Malaysia oleh FELCRA. Jika dibandingkan dengan jumlah mintage syiling sebelum ini, Syiling 100 tahun Persatuan Pandu Puteri Malaysia kecuali untuk set 2 dalam 1, kesemua syiling lain telah ditempah oleh FELCRA. Apa yang tinggal hanyalah set syiling 2 dalam 1 sebanyak 1,650 set sahaja.

Ada rakan yang kata, mungkin ia hanyalah kesilapan menaip (typing error) atau tersalah eja "tempaan" sebagai "tempahan".

Jika maklumat dan anggapan ini benar, kita cuma boleh berharap, Bank Negara Malaysia akan menaikkan sedikit jumlah approved mintage untuk duit syiling ini untuk memboleh pengumpul duit syiling peringatan memilikinya.

Jika tidak ada pertambahan mintage, kita cuma boleh berharap dapat membelinya daripada FELCRA dan set 2 dalam 1 yang tinggal tersebut kesemuanya dapat dibeli oleh para collector.

Di dalam persembahan slide taklimat itu juga ada mengandungi aturcara majlis untuk Sambutan 50 tahun FELCRA yang akan dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak tetapi tidak ada tarikh majlis itu dijangka akan di adakan. Didalam majlis tersebut, ada dinyatakan pelancaran duit syiling peringatan dan buku FELCRA 50 tahun akan dilancarkan.

Terima kasih kepada rakan blogger syilingperingatan.blogspot yang memberikan maklumat mengenai reka bentuk kad syiling 1 Ringgit FELCRA.

Mohon kepada rakan-rakan yang lain, jika ada maklumat silalah berkongsi dengan kami untuk kami kongsikan kepada semua.