Khamis, 1 September 2016

Pengenalan Koleksi Numismatik & Wang Kertas "Tersilap Cetak"

PS: Untuk makluman rakan-rakan semua, sessi ceramah Dato' Sharuddin yang bertajuk Pengenalan Koleksi Numismatik & Wang Kertas "Tersilap Cetak" telah ditukar tajuk kepada "Sejarah Perkembangan Numismatik Malaysia". Walau bagaimanapun, tarikh masa dan tempat sessi ceramah di adakan masih lagi tidak berubah.

Pada 6 Ogos lalu, kami ada memperkatakan mengenai ceramah yang bakal di berikan oleh Dato' Sharuddin, Presiden Kelab Warisan Numismatik bersempena dengan pameran Karya Kertas: Seni Matawang (Works on Paper : Art Inside the Wallet).

Hari ini, Dato' Sharuddin berkongsi undangan dan tarikh Sessi Ceramah beliau yang dijemput khas oleh Bank Negara Malaysia sempena dengan Pameran Karya Kertas: Seni Matawang.

Ceramah wang error

Ceramah Pengenalan Koleksi Numismatik & Wang Kertas "Tersilap Cetak" oleh Dato' Sharuddin akan di adakan pada 24 September 2016 (Sabtu) dari jam 2.30 petang sehingga 4.30 petang di MAG Theatrette Sasana Kijang, Muzium dan Galeri Seni Bank Negara, Kuala Lumpur.

Ceramah ini diadakan khusus untuk para pengumpul dan peminat wang kertas, orang awam serta pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi. Ia bertujuan untuk memberi pendedahan dengan lebih mendalam mengenai kaedah pengumpulan koleksi numismatik (wang kertas) dan wang kertas "Tersilap Cetak".

Semua adalah dijemput untuk menghadiri ceramah ini dan tiada sebarang bayaran dikenakan kepada peserta.

Kepada anda yang tidak pernah lagi melawat Sasana Kijang, boleh baca artikel kami sebelum ini; Sasana Kijang-Muzium Bank Negara Malaysia.

Alamat: Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, Jalan Dato' Onn, 50480 Kuala Lumpur.
Tempat letak kereta: LG4 & LG5. RM3 per entry. Percuma pada hujung minggu.
GPS Coordinates: N03 09.439 E101 41.456

Kepada yang datang awal, boleh melawat terlebih dahulu ke ruang Pameran Karya Kertas: Seni Matawang (Works on Paper : Art Inside the Wallet).

Jangan lupa untuk menandakan tarikh 24 September 2016 didalam kalendar anda untuk Ceramah Pengenalan Koleksi Numismatik & Wang Kertas "Tersilap Cetak" oleh Dato' Sharuddin di Sasana Kijang.