Rabu, 13 April 2016

Syiling ini tiada nilai numismatik

Nampaknya ramai orang yang masih percaya 20 sen 1988 mempunyai harga yang tinggi didalam numismatik. Walaupun artikel mengenainya telah ditulis sebelum ini, masih ramai lagi yang "terdesak" nak mendapatkan duit segera mengiklankan duit syiling yang tidak mempunyai nilai numismatik ini.

tiada nilai Numismatik

Pelik tetapi benar, kebanyakkan daripada "spammer" 20 sen 1988 ini mengiklankan duit mereka didalam artikel yang memberitahu mereka syiling itu tidak bernilai kepada warga numismatik.

20 sen 1988

Untuk para "spammer iklan duit lama", kami tidak akan teragak-agak untuk banned anda daripada komen di Facebook dan blog.

Kepada anda yang masih belum tahu, sila baca artikel 20 sen 1988 sehingga habis. Jangan baca tajuk serta mukadimah artikel sahaja, dah buat kesimpulan harga syiling itu mahal.

Jika anda membaca ruangan About di sebelah atas blog ini, kami ada kongsikan tujuan kami menulis blog:
"Tujuan blog ini dibuat adalah untuk memberikan informasi berkenaan dengan duit syiling Malaysia kepada semua rakyat Malaysia. Fokus utama blog ini adalah kepada pembaca yang bukan kolektor syiling lama. Kenapa saya tumpukan kepada bukan kolektor? Kerana ada ramai di antara mereka yang tidak faham tentang hobi mengumpul duit syiling dan biasanya mereka mudah salah faham."

Jika pembaca tidak pandai membaca maklumat yang kami kongsikan, kami sudah pasti tidak dapat membantu anda.

Kesemua maklumat harga pasaran syiling Malaysia telah kami kongsikan didalam blog ini. Anda boleh lihat link disebelah atas blog ini (Harga duit lama). Anda cuma perlu klik dan cari maklumat mengenai syiling anda.

Jika syiling edaran anda itu tidak mempunyai nilai numismatik, kami letakkan harganya sebagai FV yang bermaksud Face Value atau hanya mempunyai harga pasaran pada nilai muka sahaja.

Seperti yang kami tulis sebelum ini, Bidang Numismatik ini bukan skim cepat kaya. Janganlah ingat, jual syiling apa pun para collector nak beli.

Antara faktor yang menyebabkan duit lama tidak mempunyai nilai numismatik:
  • Jumlahnya ada banyak di pasaran
  • kondisi duit syiling itu
  • Tiada permintaan daripada pengumpul duit lama

Jika anda berminat hendak menjual duit lama yang anda ada, nasihat kami baca dulu artikel yang ada didalam blog ini. Tak dapat habis baca semua (399 artikel setakat 13 April 2016), dapat baca suku sahaja pun (lebih kurang 100 artikel) dah cukup membantu anda memahami mengenai numismatik Malaysia.

Kami tidak boleh membantu jika anda buta huruf atau buta hati.

Nak untung jual duit lama perlu belajar serba sedikit mengenai duit lama. Jangan fikir nak untung cepat jer.