Selasa, 24 November 2015

Tahniah kepada graduan ProCINS1

Tahniah kepada graduan Professional Certificate In Numismatic Study (ProCINS) Siri 1/2015 yang telah berjaya menamatkan kursus mereka baru-baru ini. Semoga kursus yang di anjurkan oleh Universiti Malaysia Pahang dengan kerjasama Kelab Warisan Numismatik Malaysia dimasa hadapan akan menjadi lebih mantap dan berkembang dengan pesat.

ProCINS Siri 1

Kepada graduan ProCINS1, semoga lepas ini anda sudi untuk berkongsi ilmu yang anda ada dengan kami semua. Sepertimana yang kami tulis sebelum ini didalam artikel; kenapa orang luar menulis cerita numismatik kita? Sepatutnya kita sendiri yang menulis dan mendokumenkan cerita numismatik kita kerana ianya adalah khazanah dan sejarah kita.

Sepertimana Moto ProCINS, "Wang kita Warisan kita".

Selain Dickson Niew serta Gilbert yang juga adalah tenaga pengajar untuk ProCINS menulis didalam blog mereka, kami tidak pasti jika ada di antara graduan ProCINS yang lain ada menulis artikel numismatik sebelum ini.

Artikel dan buku mengenai numismatik Malaysia amatlah kurang dan ia biasanya ditulis oleh penulis dari luar negara yang mencari bahan dan maklumat daripada kita.

Pada pendapat kami, untuk memajukan bidang numismatik Malaysia, ilmu mengenai numismatik itu perlu dikembangkan, perlu ada perkongsian didalam bentuk buku, jurnal atau blog supaya kita sendiri dan orang luar akan lebih memahami mengenai warisan numismatik kita.

Universiti Malaysia Pahang mungkin boleh menerbitkan jurnal numismatik Malaysia untuk memudahkan rujukan bakal graduan ProCINS dimasa hadapan.

Kita sebenarnya ada ramai pakar numismatik yang berkebolehan tetapi ilmu-ilmu mereka ini tidak pernah di dokumenkan. Tidak ramai dari pakar numismatik ini yang mempunyai kebolehan menulis. Graduan ProCINS mungkin boleh membantu mereka dengan membuat dokumen mengenai ilmu numismatik yang mereka ada.

Itu hanya cadangan dan pandangan kami, setiap dari kita mempunyai pelbagai sebab untuk melanjutkan pengajian. Ada yang hanya sekadar untuk menambah sijil dan tidak kurang juga yang betul-betul mahu menambah ilmu.

Sepertimana yang kami tulis sebelum ini; ke mana arah pendidikan numismatik Malaysia?

Numismatik dilihat oleh masyarakat dan juga pemerintah sebagai suatu yang kurang penting. Walhal numismatik itu adalah catatan sejarah negara kita. Kajian mengenai numismatik sedikit sebanyak melibatkan kajian mengenai sejarah, sedar atau tidak sahaja.

Sepertimana yang kami tulis didalam artikel pendidikan numismatik di atas, kita bukanlah negara yang pertama membuat pendidikan numismatik. Universiti negara lain sudah lama mengangkat numismatik sebagai ilmu yang penting didalam mengkaji sejarah negara mereka.

Kita belum terlewat dan syabas sekali lagi kepada Universiti Malaysia Pahang atas usaha memartabatkan numismatik Malaysia.

Kepada mereka yang berkemampuan, boleh cuba menyertai ProCINS tahun 2016.

Kepada graduan ProCINS1, tahniah sekali lagi.