Ahad, 8 November 2015

Impian kami, penghargaan buat mereka

Sekurang-kurangnya, apa yang kami impikan diharap akan dapat menjadi kenyataan didalam masa terdekat ini. Jika anda pembaca setia blog kami, anda pastinya tahu kami mahu supaya ada rekod dan collector tahu siapakah coin designer untuk syiling peringatan Malaysia.

Syiling UiTM

Sebelum ini, tidak ramai collector mengenali mereka kerana tidak ada rekod secara bertulis mengenai siapakah yang membuat rekaan duit syiling peringatan.

Collector duit syiling peringatan pastinya berminat untuk mengetahui sekurang-kurangnya nama designer untuk coin tersebut.

Namun, pihak kami bukan setakat ingin menampilkan coin designer, malahan jika boleh box designer dan juga card designer untuk syiling-syiling peringatan Malaysia.

Ianya mungkin suatu perkara kecil untuk Bank Negara Malaysia (BNM) tetapi ianya adalah perkara besar dan penting untuk komuniti numismatik Malaysia.

Semoga suatu hari nanti BNM akan sudi untuk menghargai dan mengenang jasa mereka yang bersusah payah untuk membuat reka bentuk duit syiling. Design duit syiling bukan boleh dibuat dengan teknik copy paste sahaja, banyak perkara perlu dipelajari.

Terima kasih kepada Tuan Ismail Ibrahim kerana sudi untuk memperkenalkan diri dan meluangkan masa berjumpa dengan pihak kami. Harapan kami, Tuan Ismail Ibrahim akan terus sudi berkongsi pengalaman dan juga idea numismatik dengan kita semua. Banyak perkara yang dibincangkan semalam dan banyak perkara yang "dirancang" untuk masa depan numismatik Malaysia.

Jika anda peminat duit syiling peringatan, anda pasti boleh meneka, duit syiling yang manakah adalah rekaan Tuan Ismail Ibrahim semasa era Royal Mint. Kualiti rekaan yang dihasilkan oleh beliau adalah jauh berbeza dengan apa yang dihasilkan oleh designer yang lain, tidak sukar untuk menekanya.

Syiling Universiti Teknologi MARA yang ada didalam gambar ini adalah koleksi Tuan Ismail Ibrahim, ada cerita kenapa beliau membawa syiling ini semasa beliau berjumpa dengan kami. Anda boleh membacanya didalam artikel sebelum ini. Nombor 93 pada COA tersebut adalah simbolik kepada tahun beliau semasa berada di UiTM.

Kepada rakan-rakan numismatik semua yang pastinya akan dapat peluang untuk berkenalan dengan beliau dimasa hadapan, jangan asyik bertanya koleksi yang beliau nak jual. Tanyalah pengalaman dan ilmu yang beliau boleh kongsikan untuk pengetahuan numismatik anda.

Semoga impian kami untuk mendapatkan maklumat siapakah yang terlibat didalam menghasilkan sesuatu syiling peringatan dapat direalisasikan.