Sabtu, 17 Oktober 2015

Lelongan duit lama Trigometric pada 18 Oktober

Esok (18 Oktober), Trigometric Sdn Bhd akan mengadakan acara lelongan mereka yang kedua di Hotel Hilton, Petaling Jaya. Acara lelongan tersebut dijangka akan di adakan pada jam 9.30 pagi dan dijangka berakhir pada 5 petang.

trigo auction

Acara lelongan Trigometric Auction 2 itu akan menyaksikan 377 lot wang kertas, duit syiling dan setem dilelong pada hari tersebut.

Duit syiling tahun Millennium RM500 emas peruf, duit syiling emas kedua terberat didalam senarai duit syiling peringatan Malaysia akan dilelong pada harga permulaan RM8,000.

Kebanyakan duit lama yang dilelong adalah wang kertas Malaysia dan lot tumpuan untuk hari esok sudah pastinya adalah wang kertas gantian Seribu Ringgit ZZ0000002 yang ditandatangani oleh Gabenor Bank Negara Jaffar Hussein digred oleh Paper Money Guaranty (PMG) 66 EPQ.

Maklumat Lelongan:
Tarikh : 18.10.15 (Ahad)
Tempat : Hilton Hotel, Petaling Jaya (Serunai Suite 1 & 2)
Masa : 9.30 pagi to 5 petang

Bidaan juga boleh dilakukan secara online di website www.liveauctioneers.com.

Semasa lelongan Trigometric yang pertama, sekeping wang kertas gantian seribu Ringgit siri kelima dengan nombor prefix rendah ZZ 0000001 dilelong pada harga RM322,000 termasuk premium pembeli. Wang kertas yang ditandatangani oleh Aziz Taha tersebut digred oleh PMG sebagai 64 EPQ.