Jumaat, 4 September 2015

Simpan duit Parlimen, ada ke orang nak beli?

Jika anda perasan, duit syiling yang mempunyai lambang parlimen semakin hari semakin sukar untuk diperolehi daripada edaran ataupun bank. Ramai rakyat Malaysia yang sudah mula menyimpan duit syiling Parlimen dan banyak juga duit syiling Parlimen yang telah dihantar oleh bank-bank komersial ke Bank Negara untuk dilupuskan.

Syiling Parlimen

Kebanyakkan daripada duit syiling Parlimen disimpan oleh bukan collector yang berharap untuk menjualnya pada harga yang tinggi suatu hari nanti.

Bagi bukan collector, semakin sukar untuk mereka menemuinya di edaran, maka makin rare lah syiling tersebut dan semakin mahal harganya.

Semangat mereka semakin berkobar-kobar apabila membaca artikel mengenai syiling Malaysia termahal yang terjual lebih dari RM80ribu sekeping.

Maklumat yang kami kongsikan didalam artikel tersebut tak nak baca, apa yang penting bagi bukan collector, dia ada menyimpan duit syiling tahun yang sama dan berharap boleh menjualnya dengan harga berpuluh ribu juga.

Ramai bukan collector yang tidak faham dan tidak cuba untuk belajar menerima hakikat, bukan semuanya duit parlimen itu mempunyai harga yang tinggi dan harga yang tinggi bukan bermakna berpuluh ribu ringgit.

Pendidikan mengenai numismatik itu penting supaya bukan collector faham apa yang kita collector semua cari.

Namun, agak mengecewakan apabila bukan collector tidak mahu belajar serta tidak mahu menerima hakikat syiling parlimen yang mereka simpan itu tidak mempunyai nilai yang tinggi.

Terpulanglah kepada anda nak simpan syiling parlimen sebanyak mana pun.

Terpulanglah kepada anda nak jual syiling parlimen harga setinggi mana pun.

Tapi harga pasaran duit lama Malaysia bukan bergantung kepada "pendapat" anda ianya semakin sukar diperolehi sahaja.

Anda tak jumpa tak semestinya bermakna ianya dikeluarkan sedikit sahaja oleh Kilang Wang Bank Negara.

Ada pelbagai faktor yang menyebabkan harga duit lama boleh menjadi tinggi, boleh baca didalam artikel; kenapa duit lama berharga tinggi.

Kepada rakan-rakan yang sudah faham serba sedikit mengenai hobi mengumpul syiling Malaysia, kami memohon kepada anda untuk sama-sama membantu memberi penerangan.

Kepada bukan collector yang berharap duit parlimen anda boleh terjual beribu ringgit, silalah rajin-rajin membaca artikel yang ada didalam blog ini.

Tanyalah kepada diri sendiri "Simpan duit Parlimen, ada ke orang nak beli?"