Ahad, 9 Ogos 2015

Adakah Tema Syiling Peringatan itu Penting?

Pemilihan tema syiling peringatan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) mungkin tidak penting buat sesetengah orang atau collector baru. Namun, tema yang baik akan menentukan sama ada syiling itu akan mendapat sambutan hangat atau tidak dikalangan pengumpul syiling peringatan.

Tema Syiling

Selain tema syiling peringatan, terdapat juga faktor-faktor lain yang pada pendapat kami, amat perlu diperbaiki oleh BNM, kami telah kongsikannya didalam artikel Cadangan tambah baik syiling peringatan.

Kebanyakan newbies yang berminat untuk melabur didalam syiling peringatan tidak mengambil kira mengenai hal ini. Bagi mereka apa sahaja yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia boleh dijual untuk mendapat pulangan yang tinggi di kemudian hari. Ya.., semua syiling peringatan boleh memberikan pulangan yang tinggi, cuma yang membezakannya adalah berapa lamakah anda sanggup tunggu untuk menuai pulangan tersebut dan adakah harganya akan meningkat dengan cepat?

Jika anda pembaca tegar blog Malaysiancoin.com, anda pasti ingat dengan kisah Suasana kecoh di Sasana Kijang yang berlaku pada bulan Jun 2014. Ramai daripada anda yang mungkin hanya memandang kepada pergaduhan serta salah faham yang berlaku semasa itu sahaja tetapi adakah anda terfikir kenapa ramai orang berebut-rebut untuk membeli syiling tersebut?

Kenapa orang tidak ramai ketika Jualan Syiling Peringatan ASEAN yang dikeluarkan oleh BNM pada bulan April tahun ini? Saya tidak hadir semasa jualan dibuat tetapi daripada artikel-artikel yang ditulis oleh rakan-rakan blogger, saya dapat melihat perbezaan yang jauh ketara berbanding dengan jualan pada bulan Jun 2014. Selain faktor jumlah tempaan (mintage) duit syiling peringatan yang terlalu tinggi, faktor tema syiling peringatan yang kurang menarik juga menjadi penyebab kenapa sambutan tidak begitu hangat.

Saya tahu jualan syiling peringatan BNM bukanlah bersifat komersial (kalau rugi pun paling teruk pengurus kena sembur jer kot?) tetapi kepada mereka yang berminat untuk melabur, kalau tersilap membuat pelaburan, anda mungkin terpaksa peram wang anda didalam tempoh yang sangat lama untuk mendapat keuntungan.

Seperti yang saya tulis didalam artikel 10 kesilapan pelabur syiling peringatan, konsep "beli, simpan dan untung" itu bukanlah suatu yang dijamin didalam Syiling Peringatan Malaysia.

Tema yang berbentuk global seperti hubungan luar negara Malaysia dengan China atau ulangtahun WWF, hari pertabalan Sultan atau Yang Di Pertuan Agong, bangunan ataupun struktur yang mendapat rekod dunia dan juga acara-acara sukan yang popular diseluruh dunia yang di adakan di Malaysia adalah tema-tema yang pada pendapat kami selalu mendapat sambutan hangat.

Mungkin bukan dibawah bidangkuasa BNM untuk mengeluarkan syiling peringatan ketika hari Pertabalan Sultan Selangor yang di adakan pada tahun 2003, Hari Pertabalan Sultan Perak pada tahun 2015 dan Hari Kemahkotaan Sultan Johor pada tahun 2015. Namun, pada pendapat kami, sewajarnya BNM turut mengeluarkan syiling peringatan (saya tahu ada medallion dikeluarkan, medallion dan syiling tak sama) untuk Hari pertabalan tersebut.

Kami juga bersetuju, BNM tidak semestinya hanya mengeluarkan tema yang "hangat" sahaja. Namun, kepada mereka yang berniat untuk membuat pelaburan, sila buat kajian dahulu sebelum membeli.

Walaupun begitu, jika anda adalah collector syiling peringatan tegar, betapa burukpun rekabentuk syiling tersebut, betapa tidak popular pun tema yang dikeluarkan dan betapa mahal sekalipun, dihari pelancaran anda perlu datang juga untuk membeli syiling peringatan tersebut.

Kepada BNM, adakah pihak anda ada membuat bancian berapa ramaikah collector syiling peringatan tegar diseluruh Malaysia?