Khamis, 25 Disember 2014

Tokoh Pakar Numismatik Malaysia 2014

Tahniah diucapkan kepada Sifu Dickson Niew yang menerima anugerah "Tokoh Pakar Numismatik Malaysia 2014" daripada Kelab Warisan Numismatik Malaysia. Anugerah tersebut telah disampaikan semasa Malam Anugerah Numismatik 2014 yang di adakan di Shahzan Inn, Kuantan pada 20 Disember 2014, sehari sebelum berlangsungnya Auction MNS ke 162.

Pakar Numismatik

Mengikut Jawatankuasa Pemilihan Anugerah 2014 Kelab Warisan Numismatik Malaysia, Sifu Dickson Niew dipilih kerana sifat tokoh ini yang senang didekati dan mudah berkongsi ilmu apabila diminta memberikan pandangan. Tokoh ini mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang numismatik termasuk bidang error coin Malaysia. Tokoh ini telah dilantik sebagai penasihat kepada Kelab Warisan Numismatik Malaysia pada 31.3.2012 dan sentisa menyumbangkan idea serta kudrat sebagai penasihat, pembentang kertas kerja dan tetamu kehormat disetiap program anjuran Kelab Warisan Numismatik Malaysia.

Pada pendapat saya, memang sewajarnya sifu Dickson Niew mendapat anugerah ini kerana dedikasi serta komitmennya kepada komuniti numismatik di Malaysia. Banyak sumbangannya kepada numismatik Malaysia yang tidak boleh saya kongsikan didalam blog ini. Namun, sumbangan terbesarnya adalah perkongsian ilmu sama ada melalui blog beliau Niewmismatic error coin ataupun ketika beliau membentangkan kertas kerja dan juga secara perjumpaan peribadi didalam media sosial (Facebook) dan diluar dari media sosial.

Saya dan juga rasanya ramai rakan-rakan lain amat berharap suatu hari nanti sifu Dickson Niew dapat membuat sebuah buku katalog syiling error. Saya pernah bertanya dengan beliau mengenai perkara ini dan beliau ada memberitahu ianya agak sukar dilakukan di Malaysia kerana kekangan undang-undang Bank Negara Malaysia. Namun, tidak salah untuk berharap dan berdoa semoga ianya suatu hari nanti menjadi kenyataan.

Terima kasih kepada sifu Dickson Niew yang sudi untuk mewarnai suasana numismatik Malaysia. Suatu waktu dahulu, amat sukar untuk kita bertanya mengenai numismatik kerana kebanyakkan sifu-sifu numismatik tidak aktif secara online. Perkongsian ilmu sebegini boleh memberi manafaat kepada ramai orang di Malaysia dan juga di luar negara.

Terima kasih sekali lagi dan tahniah kepada Tokoh Pakar Numismatik Malaysia 2014, Sifu Dickson Niew.