Tuesday, November 18, 2014

Nombor giliran akan digunakan lagi ke?

Beberapa hari lagi, ramai di antara kita akan bersama-sama berkumpul untuk mendapatkan koleksi duit syiling terbaru; Syiling Peringatan 75 tahun Taman Negara. Persoalan mengenai adakah hari itu akan hujan lebat sehingga berlakunya banjir besar tidak akan menjadi persoalan utama tetapi adakah peristiwa suasana kecoh pada bulan Jun lalu akan berulang?

nombor BNM

Adakah "nombor giliran tidak rasmi" Bank Negara Malaysia akan sekali lagi "dikuatkuasakan"?

Jika anda tidak faham apa yang saya maksudkan bermakna anda baru lahir semalam. Oleh itu, baca dahulu artikel didalam link di atas sebelum anda membaca kesemua artikel ini.

Jika anda faham apa yang saya maksudkan, ada di antara anda yang mungkin bersetuju dengan saya seperti apa yang saya tulis sebelum ini, jika anda tidak setuju, sila tutup komputer anda dan pergi tidur.

Hahahahaha.... Saja jer, letih menulis perkara serius hari-hari.

Tapi seriously, berapa ramai di antara kita pengumpul/pembeli/pelabur syiling peringatan yang pernah terlihat/terbaca perkara di Sasana Kijang itu, terfikir perkara yang sama. Adakah pada 28 November ini perkara yang sama akan berulang?

Dengar khabarnya, Pihak Berkuasa Bank Negara Malaysia pada hari kejadian Jun lalu, ada menyuarakan kepada rakan-rakan untuk mengambil tindakan kepada mereka-mereka yang mengeluarkan nombor giliran haram ini. Saya tidak pasti jika tindakan itu telah dibuat dan saya tidak ada mendengar sesiapa dari kalangan rakan-rakan numismatik yang telah dipanggil oleh mereka. Hampir Setiap inci kawasan di Sasana Kijang itu dipantau dengan CCTV, takkanlah tak boleh cam mereka yang telah menjadi "Wakil Pihak Berkuasa Bank Negara Malaysia" pada hari kejadian.

Tidak ada juga khabar yang menceritakan mengenai Bank Negara Malaysia akan menggunakan sistem nombor giliran setakat ini.

Apa yang ada adalah khabar angin mengenai Syiling coincard akan menjadi item yang terhad sebab sebahagian darinya (tak tahu berapa jumlahnya) akan diedarkan sendiri oleh Taman Negara sebagai barang jualan kepada pengunjung disana. Tidak ada lagi pengumuman yang dikeluarkan oleh sesiapa jadi ianya hanyalah khabar angin. Kita lihat pada hari jualan nanti berapa banyak yang boleh dibeli oleh kita semua.

Jadi? Apa strategi anda untuk mendapatkan duit syiling peringatan terbaru?