Selasa, 12 Ogos 2014

Pameran Matawang di Muzium Kelantan

Pada 18 Ogos sehingga 18 September 2014, Perbadanan Muzium Negeri Kelantan dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan serta Kelab Warisan Numismatik Malaysia akan mengadakan Pameran Matawang di Muzium Kelantan.

Pameran Matawang

Pameran itu akan terbahagi kepada 4 bahagian; Matawang Kesultanan Melayu, Matawang Era Sebelum Merdeka, Matawang Selepas Merdeka dan Matawang Antarabangsa.

Program ini akan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob pada 18 Ogos 2014. Penganjur turut menjemput Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz untuk sama-sama hadir pada majlis tersebut.

Pameran ini juga dijangka akan dimasukkan ke dalam Malaysia Book of Record sebagai Pameran Solo Matawang terbesar pernah di adakan dinegara ini. Lebih daripada 2000 koleksi matawang akan dipamerkan dimana sebahagian besar daripada koleksi itu adalah milik Dato' Sharuddin Yusof, Presiden Kelab Warisan Numismatik Malaysia.

Selain Pameran, Seminar Matawang juga akan diadakan pada 18 Ogos 2014 di Balai Cik Siti, Muzium Negeri Kelantan. Dengan pembentangan daripada Dato' Sharuddin Yusof yang bertajuk "Matawang Syiling Emas Negeri Kelantan" sebagai kertas kerja pertama. Kertas Kerja yang kedua akan dibentangkan oleh Tuan Haji Rushdi bin Jusoh bertajuk "Seni Kepeng Pitis Timah Negeri Kelantan" dan kertas kerja yang terakhir bertajuk "Muzium dan peranan" oleh Nik Mohd Azlan bin Abd Hadi. Seminar ini akan dijalankan pada sebelah pagi dan acara perasmian pameran matawang dijangka akan diadakan pada sebelah tengahari. Semua peserta seminar dikehendaki mendaftarkan diri dengan penganjur terlebih dahulu.

Sesiapa Berminat Untuk Menyertai Seminar Matawang boleh menghubungi Muzium Kelantan di talian 09-7482266 untuk keterangan lanjut. Orang ramai adalah dijemput hadir untuk menyaksikan sendiri warisan duit lama yang semakin dilupai oleh masyarakat kini.