Khamis, 24 Julai 2014

Mari-mari jual murah harga lelong

Sempena Hari Raya Aidilfitri yang Mulia ini, pihak kami akan mengadakan jualan murah kepada tuan-tuan semua. Kami ada 1 Ringgit Ali Abul Prefix CR, 10 sen 1971, 50 sen 1969 Milled Edge, 1 sen 1970 dan bermacam-macam lagi. Hanya perlu tekan link kepada item yang tuan-tuan nak beli.

harga lelong

Hanya pembaca setia Malaysia Coin sahaja yang boleh melihat jualan murah kami. Kepada yang lain, anda mungkin hanya boleh melihat artikel-artikel kami atau ruang kosong sahaja.

Sebelum itu, Malaysia Coin dan sekutu-sekutunya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca blog Malaysia Coin, blog lunaticg.blogspot, Twitter Malaysia Coin dan juga Facebook Malaysia Coin. Kata-kata kami didalam kebanyakkan artikel adalah amat pedas jika hendak dibandingkan dengan cili boh terutamanya kepada mereka yang termakan cili. kami bukannya seorang yang pakar tetapi kami menulis blog untuk memberi pendidikan percuma supaya lebih ramai lagi yang menyertai hobi ini. Jangan dengar kata kami tapi tanyalah dengan rakan-rakan anda yang telah berjinak didalam hobi ini.

OK. Kita mulakan jualan dengan wang kertas 1 Ringgit CR yang masih lagi panas keluar daripada peti besi seseorang yang mempunyai beratus keping wang kertas ini. Dia kata dia nak bersedekah raya ni, jadi jual dengan harga RM100 sekeping pun dah cukup. Dia nak jual 5 keping sahaja, nak tengok dulu sambutan macamana. Dia kata kalau ada banyak sambutan dia nak kasi keluar semua jual murah-murah. http://bit.ly/SALE-rm1CR

Item yang kedua adalah 10 sen 1971 yang turut menjadi item hot untuk Hari Raya kali ini. Hot sampaikan seller baru jer siap masak, dah habis dibedal oleh buyer yang tak sabar-sabar nak kumpul 10 sen 1971 ni sebab peminatnya dah makin ramai. Harganya dah mengalahkan tudung yang orang siap beratur pagi-pagi tu (Kalau nak bandingkan dengan Syiling yang orang dok beratur pagi-pagi tu, ramai yang marah plak kang). Item ni ada banyak, tak payah risau, cuma siapa yang nak kejar vareity tu, kena tengok ler betul-betul. http://bit.ly/SALE-10sen1971

Item yang ketiga, 50 sen 1969 tepi bergigi kata orang Malaysia (kalau tulis orang putih, marah kang Sasterawan negara). Item ni cuma ada sekeping sahaja dan memang susah nak jumpa dengan keadaan yang haluus, muluuus serta masih anak dara lagi. Kalau anda faham tu, baguslah; tak faham tu, cuba baca berulang kali. Item ini dibawakan khas dari luar negara sempena Hari Raya yang Mulia ini. Jadi.., jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan Item Made in London ini yang masih lagi suci. http://bit.ly/SALE-50sen1969ME

Item yang keempat adalah 1 sen 1970 steel yang dikatakan adalah amat sukar untuk ditemui di Malaysia dan pada ketika ini hanya ada dua keping didalam Malaysia. Maaflah.., yang ini tak berapa lawa sangat, hitam sikit tapi tak legam. Mungkin dulu dia ni kerja berat sikit berbanding dengan saudara-saudaranya yang lain atau dia sejak keluar azali lagi dah macam ni. http://bit.ly/SALE-1sen1970cladsteel

Item yang terakhir, set adik beradik Bunga Raya 1988. Item yang ini memang susah nak dapat sebab mereka sebelum ini terkurung didalam peti besi yang dikelilingi oleh pengawal yang tidur menjaga mereka diwaktu malam. Biasanya anda hanya melihatnya dari jauh, ada juga yang tidak perasan akan mereka semua. Item ini di antara legenda didalam numismatik Malaysia tetapi kurang di uar-uarkan oleh pemberita. http://bit.ly/SALE-1988bUNGArAYACoin

Terma dan Syarat-syarat:
1. Tawaran ini adalah berdasarkan siapa cepat, dia dapat.
2. Cepat baca tidak bermakna anda akan menang, perlu meneliti klu yang kami bagi.
3. Hanya pembaca setia Malaysia Coin sahaja yang layak menyertai jualan ini. Pembaca yang kurang setia tidak akan dapat melihat item yang sebenar. Pembaca kurang setia akan hanya dapat melihat artikel dari pihak kami.
4. Pihak Malaysia Coin berhak menutup tawaran ini pada bila-bila masa tanpa perlu mengeluarkan notis. Jika anda tidak dapat melihat item sebenar, ada kemungkinan item tersebut telah terjual.
5. Dengan menyertai Tawaran ini, Pembaca dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat oleh Terma dan Syarat yang dinyatakan di sini dan bersetuju bahawa apa-apa keputusan Malaysia Coin berkaitan dengan setiap aspek Tawaran adalah muktamad, mengikat dan konklusif.
6. Malaysia Coin tidak akan bertanggungjawab dalam apa cara sekalipun terhadap sebarang kerugian atau kerosakan walau bagaimana sekalipun timbul berkaitan dengan Tawaran. Selanjutnya, Malaysia Coin tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang keingkaran berkenaan Tawaran yang disebabkan oleh bencana alam, perang, rusuhan, mogok, sekatan masuk, tindakan perindustrian, kebakaran, banjir, kemarau, ribut atau sebarang kejadian di luar kawalan munasabah Malaysia Coin.
7. Tawaran ini bertujuan untuk memberi pendidikan kepada bukan collector tentang item-item penting didalam numismatik Malaysia ianya bukanlah tawaran sebenar. Tidak ada sebarang jualan murah diadakan. Pembaca setia Malaysia Coin rasanya akan faham tentang perkara ini. Jika anda terbaca syarat ini, sila jangan beritahu sesiapa.
8. Jika terdapat mana-mana ketidakselarasan, konflik, kekaburan atau percanggahan antara Terma dan Syarat versi Bahasa Malaysia dan versi Bahasa Inggeris atau versi bahasa lain yang terkandung di sini, Terma dan Syarat versi Bahasa Melayu ini akan digunapakai.
9. Tawaran ini bermula dari tarikh 1 Julai sehingga 30 Julai 2016.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN
BERHATI-HATI DI JALANRAYA