Ahad, 13 Julai 2014

Himpunan Berita Numismatik Julai 2014

Tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Beberapa peristiwa menarik didalam numismatik Malaysia dijangka akan berlaku selepas cuti Hari Raya Aidilfitri yang dijangka akan berlaku pada 28 dan 29 Julai 2014. Di sini saya kongsikan beberapa daripadanya untuk ingatan kepada anda yang mungkin bercuti awal.

Berita Numismatik

Himpunan Berita Numismatik Julai 2014

1. Mavin Auction Julai 2014
Mavin singapura kan mengadakan acara lelongan ke-37 Mavin yang akan di adakan di Hotel Concorde Singapura pada 19 dan 26 Julai 2014. Pada 19 Julai, mereka akan membuat lelongan untuk wang kertas dan duit syiling pada 26 Julai. Salah satu duit syiling emas rare Malaysia-duit syiling emas Millenium 500 Ringgit akan dilelong pada hari tersebut dengan harga reserve SG3,200 atau kira-kira RM8,240 duit kita. Selain itu, terdapat juga syiling 1 sen 1976 Bronze yang dijual pada harga reserve SG320. Anda boleh baca dengan lebih lanjut mengenainya di sini; Mavin Auction No.37 Coins Session.

2. Buku katalog terbaru Steven Tan edisi ke-21
Buku katalog atau buku rujukan terpenting didalam numismatik Malaysia, buku katalog Steven Tan Edisi ke-21 dijangkakan akan keluar pada minggu ke-3 bulan ini. Semasa percakapan saya dengan master Sifu Steven Tan di Acara lelongan MNS 160 tempohari, beliau memberitahu buku kali ini telah dikemaskini dengan harga terkini duit lama yang di ambil daripada data harga yang dikongsikan oleh beberapa orang dealer yang boleh dipercayai. Beliau cuba untuk mengelakkan harga yang terlalu jauh daripada harga pasaran sepertimana buku terdahulu. Vareity Duit syiling Malaysia juga akan turut tersenarai berserta harga pasaran syiling tersebut. Selain itu, ianya juga akan memaparkan senarai wang kertas gantian (replacement banknotes) lengkap dan juga prefix wang kertas pertama dan terakhir bagi setiap siri. Harga katalog ini dijangka pada harga RM93.

3. Buku katalog Macau dan Hong Kong
Trigometric Sdn Bhd juga dijangka akan mengeluarkan buku katalog terbaru mereka yang dijangka siap pada hujung bulan Julai, Buku katalog Macau dan Hong Kong edisi pertama yang akan memaparkan duit syiling dan wang kertas yang pernah digunakan oleh Macau dan Hong kong. Syiling Hong Kong akan bermula dengan duit syiling perak Queen Victoria. Manakala wang kertas pula akan memaparkan senarai hampir lengkap bank swasta yang pernah mengeluarkan wang kertas untuk Hong Kong. Walaupun buku itu sasarannya adalah untuk pasaran Macau dan Hong Kong, terdapat juga collector dari Malaysia yang mengumpul wang kertas Hong Kong. Harga pasaran koleksi didalam buku itu adalah dipaparkan pada nilai matawang Hong Kong.

4. Hal-hal lain
Trigometric Sdn Bhd juga memberitahu Buku Katalog edisi terbaru mereka, KN Boon 7th Edition hampir habis terjual dan dijangka akan habis pada bulan September ini. Ini mungkin terjadi kerana ramai collector yang membeli dua naskah tiap seorang untuk koleksi dan juga untuk bahan rujukan. Kepada mereka yang mencari buku edisi lama mereka, buku edisi pertama dan kedua sudah tidak ada lagi didalam simpanan mereka untuk dijual. Apa yang ada hanyalah buku edisi ketiga, keempat dan kelima. Stok buku-buku itu juga adalah terhad dan akan habis bila-bila masa sahaja. Mereka menjual buku-buku tersebut mengikut harga terbitannya (lebih kurang RM50 sahaja) dan bukannya mengikut harga koleksi.

Trigometric Sdn Bhd juga mengalu-alukan jika ada collector yang ingin memberikan kerjasama kepada mereka untuk membuat "buku katalog mengenai kupon dan bond" yang ada kaitannya dengan Malaysia. Mereka ada cadangan untuk membuat buku katalog tersebut tetapi tidak mempunyai bahan/koleksi yang mencukupi untuk membuat buku katalog tersebut. Mana-mana individu atau persatuan yang mempunyai koleksi yang boleh membantu kepada penerbitan buku mengenai kupon dan bond di Malaysia, bolehlah menghubungi mereka:

Trigometric Sdn Bhd (610503-X)
Lot 327, Amcorp Mall, 18, Jalan Persiaran Barat,
Off Jalan Timur, Petaling Jaya, 46050 Selangor.

Tel: 603-79579566
Fax: 603-79579568
Email: trigo3833(at)yahoo.com

Saya rasa itu sahaja info berita untuk bulan Julai. Jika anda ada maklumat tentang berita numismatik Malaysia, boleh kongsikannya di Facebook Malaysia Coin. Terima kasih.