Selasa, 11 Mac 2014

10 sen 1971-Barang Panas Ketika Ini

Pada ketika ini, heboh di kalangan numismatik Malaysia mengenai 10 sen 1971 menjadi barang panas atau koleksi yang dicari.

Syiling V2 pada condition Brilliant Uncirculated (BU) menjadi antara item rebutan para investor dan pengumpul duit lama.

Harganya mencecah sehingga RM800 sekeping dan juga mencecah sehingga RM1500 sekeping untuk yang telah digred serta mendapat MS65.

10 sen 1971

Kawan-kawan diseluruh Malaysia sudah ada yang bersuara memberitahu saya agak sukar untuk mendapatkan duit syiling tersebut ditempat mereka. Ini termasuklah kawan-kawan daripada Penang, Johor, Sabah dan juga Sarawak.

Seingat saya, tahun lepas saya baru saja membeli duit ini pada harga RM300 sekeping dan ianya melonjak dengan agak cepat sejak awal tahun 2014 lagi.

Adakah ianya disebabkan oleh kerana ramai collector yang berlumba-lumba untuk cuba mendapatkan markah grading MS67?

Apa pun sebabnya bagi saya ianya akan menguntungkan komuniti numismatik secara keseluruhannya suatu masa nanti.

Kepada mereka yang masih terfikir nak join jadi pengumpul duit lama ke tidak tu, janganlah lengahkan masa. Sekarang ini, kawan saya yang jadi dealer emas pun saya lihat dah start kumpul coin grading.

Dulu, ada newbies yang heboh mengatakan bahawa duit syiling 10 sen 1971 V2 ini adalah palsu. Rasanya sekarang ini dia sendiri pun dah start kumpul duit palsu ni kot?

Namun, adakah berbaloi untuk membuat pelaburan sebanyak RM1500 pada sekeping syiling?

Jika anda tidak memiliki syiling tersebut, anda mungkin terpaksa untuk membelinya tetapi jika anda sudah memilikinya, adakah anda akan membayar RM1500 untuk disimpan sebagai pelaburan?

Sudahkah anda melihat alternatif lain yang ada didalam cabang numismatik Malaysia yang mempunyai harga hampir serupa (RM1500)?

Rasanya, ada banyak lagi alternatif lain yang lebih baik potensinya daripada 10 sen 1971.

Itu cuma pendapat saya, terpulang kepada anda untuk menerimanya ataupun tidak.

Jika anda mempunyai duit syiling 10 sen 1971 untuk dijual, anda boleh membaca post saya mengenai, Bagaimana untuk menjual duit lama.