Monday, February 17, 2014

Collector kalau dah dapat koleksi cantik

Collector kalau dah dapat koleksi cantik, lepas tu kat tepi ada gadis cantik lalu ke, artis cantik lalu pun memang dah tak pandang dah. Kenapa? Anda perlu menjadi collector terlebih dahulu untuk merasai perasaan yang bukan semua orang boleh rasa.

koleksi cantik

Saya terpanggil untuk menulis mengenai ini apabila terlihat gambar 50 sen 1969 yang dikongsi oleh seorang rakan di Facebook yang juga adalah seorang blogger di koleksibekok.blogspot.com. Oleh kerana minat, para collector sanggup habis duit habis beribu ringgit hanya untuk mendapatkan sekeping syiling idaman. Jika dah dapat tu, terasa berada didunia lain sekejap kan? Seronok yang tidak terhingga.

Bagi orang yang tidak berminat untuk mengumpul duit syiling, syiling tersebut hanya bernilai 50 sen (Face Value) ataupun bernilai 3 Ribu Ringgit (Anggaran Harga pasaran semasa).

Bagi collector, nilainya tidak boleh diganti dengan wang ringgit. Letak pisau kat leher pun sanggup mati dari bagi koleksi yang telah lama jadi idaman. Perasaan itu hanya mereka yang betul-betul menjadi collector tegar sahaja yang pernah merasainya. Tidak hairanlah jika bukan collector merasa pelik dengan pengumpul duit lama.

Kalau bukan collector terlihat gambar tersebut, mesti ada di antara mereka yang terdetik didalam hati; Collector ni suka duit yang berkilat. Maka mereka mulalah belajar cara-cara untuk mengilatkan duit syiling lama di internet. Bagi mereka, lebih kilat duit syiling itu lagi mahal. Bagi collector, kalau dah syiling tersebut dicuci, dah sama macam dapat duit palsu. Nilai numismatiknya dah kurang, feel atau perasaan untuk memiliki syiling itu juga dah kurang.

Kepada bukan collector, saya ada kongsikan disini;Kenapa duit lama berharga tinggi, sebagai panduan kepada anda untuk memahami apa yang dicari oleh kami collector.

Apabila berita mengenai 50 sen 1969 mendapat harga yang tinggi, ramai daripada bukan collector yang teruja. bagi mereka semua syiling 50 sen 1969 itu boleh mendapat harga yang tinggi. Siap marah dealer lagi kata nak tipu dia, dia dengar ada orang beli duit tu dengan harga RM10,000. Itu belum termasuk yang nak hantar duit syiling 50 sen 1969 berparit pada kondisi very fine untuk grading dan juga auction. Apabila kita beritahu yang duit syiling mendapat harga tinggi adalah 50 sen 1969 Milled Edge, semua bukan collector nak cerita dia ada duit syiling Milled edge. Padahal dia cuma ada duit syiling 50 sen 1969 berparit pada kondisi very fine sahaja. Suruh baca malas, fikir nak untung berlipat kali ganda sahaja.

Bukan mudah untuk mendapatkan koleksi yang secantik begini pada masa kini. Semakin ramai collector baru yang mula berjinak-jinak didalam mengumpul duit syiling Malaysia. Pada masa ini, harga bukan lagi isunya tetapi ada lagi ke duit syiling yang cantik begini hendak dijual oleh orang lain?

Kepada anda yang nak tengok syiling ni lagi, bolehlah pergi ke blog Koleksi Bekok, mana tau dia nak kongsi gambar dan cerita duit syiling ini didalam blognya kan?

Tapi kalau dah koleksi cantik macam ni, kalau saya memang tak kongsi dengan orang lain. Takut nanti menjadi rebutan, ramai yang nak datang meminang.