Selasa, 17 Disember 2013

Harga Duit Parlimen naik tinggi sebab.....

"Harga tol akan naik! Harga tariff eletrik akan naik! Harga duit Parlimen pun nak naik jugak! Habis, kita yang rakyat biasa ni nak kumpul apa?"

Artikel ni telah lama terpendam sebenarnya (hampir dua bulan), sebahagian daripadanya sudah saya terbitkan di dalam artikel; Harga melambung semua nak untung.

Sebelum ini, saya tak terbitkan artikel ini sebab didalamnya ada banyak isu yang bagi saya agak racist dan saya edit hari ini, untuk cuba mengurangkan sebarang petikan yang bagi saya terasa menghina sesuatu bangsa. Diharap semua orang yang membaca artikel ini boleh menerimanya dengan hati yang terbuka. Saya rasa terpanggil untuk menerbitkan semula artikel ini apabila apa yang saya lihat itu masih juga berterusan.

Duit Parlimen

Didalam artikel ini saya berbicara mengenai duit syiling Malaysia pada gred UNC dan BU! Gred EF, VF dan lain-lain hanya mempunyai harga yang biasa.

Didalam keadaan pasaran numismatik Malaysia sekarang ini, kita boleh melihat dengan jelas, Dealer duit lama yang mempunyai kedai/premis biasanya dimonopoli oleh kawan-kawan berbangsa cina. Jika ada pun rakan-rakan Melayu dan India yang menjadi dealer duit lama, bilangannya boleh dikira dengan jari. Itu realiti yang saya rasa semua orang boleh nampak. Didalam artikel ini, dealer ini semua saya gelar sebagai "Big Dealer".

Namun, ada juga dealer kecil yang menjual melalui internet seperti di Mudah.my, Lelong.com.my dan juga Facebook. Daripada segi bangsa saya berpendapat, adalah lebih kurang sahaja di antara bangsa cina dan melayu dan ada sedikit yang berbangsa India dan juga Bumiputra Sabah, Sarawak. Mereka ini saya akan gelar didalam artikel ini sebagai "Small Dealer".

Berapa ramaikah pengumpul duit lama di Malaysia? Dari segi nombor/figure saya tidak dapat memberi jawapan yang tepat. Bagi saya jumlah collector seluruh Malaysia yang ada pada ketika ini adalah sangat kecil.

Numismatik Malaysia juga mempunyai banyak cabangnya. Ada yang hanya mengumpul duit syiling Malaysia tetapi tidak mengumpul wang kertas Malaysia. Ada juga yang hanya mengumpul duit syiling peringatan sahaja. Ada juga yang hanya mengumpul token dan kupon sahaja.

Apabila Duit syiling 50 sen 1969 ME dijual pada harga lebih RM10ribu di Singapura, selepas orang yang sama membeli 50 sen 1969 SE pada harga yang boleh dikatakan agak tinggi sebelum itu, dunia numismatik riuh sehingga ke hari ini. Bukan collector berebut nak jual duit syiling 50 sen 1969 berparit mereka pada harga 10ribu ringgit, penat saya bagi info mengenai duit syiling 50 sen 1967, 1968 dan 1969 tetapi soalan tetap bertalu-talu datang. Ramai daripada rakan-rakan yang mengeluh harga duit syiling Parlimen akan melambung selepas ini. Nak beli sebijik pun dah makan beribu-ribu ringgit.

Selepas itu, timbullah isu, Big Dealer yang menguasai pasaran kebanyakannya adalah orang Cina. Mereka boleh memonopoli harga pasaran dengan mudah sebab mereka mempunyai rangkaian "bangsa" di antara mereka. Mereka juga mempunyai kapital yang besar berbanding dengan dealer melayu. Jadi tidak hairanlah jika selepas ini harga pasaran Duit syiling Parlimen akan naik dengan tinggi sebab dimanupilasi oleh Kumpulan Big Dealer berbangsa Cina. Ini disuarakan oleh seorang rakan collector duit parlimen tegar berbangsa Cina kepada saya. Berkisar tentang cakap-cakap belakang mengenai isu duit Parlimen.

Beliau juga menambah, kebanyakan daripada yang bersuara itu juga menyatakan bahawa variety duit syiling Malaysia itu diwujudkan untuk menaikkan harga pasaran duit syiling Malaysia dan ini dibuat oleh seorang yang juga Big Dealer berbangsa Cina. Sebagai contoh, duit syiling 10 sen 1971 V1 dan juga 10 sen 1971 V2. Belum habis isu V2 itu dikatakan palsu, timbul pula cerita mengenai 10 sen 1971 V3.

Jawapan saya kepada rakan saya itu, seperti yang saya cakap sebelum ini. Mereka yang bercakap itu semua adalah "Newbies" didalam dunia numismatik Malaysia. Jika adapun orang lama yang bersuara, adakah mereka mengumpul duit syiling Parlimen UNC dan BU sebelum ini? Jika mereka ada mengumpul duit syiling tersebut, mesti mereka bergembira sebab harga koleksi mereka naik. Mereka bersuara sebab mereka tidak ada mengumpul duit syiling Parlimen UNC dan BU. Cuba lihat balik post atau status mereka sebelum ini, mesti mereka ada bersuara mengenai harga pasaran duit koleksi mereka juga. Orang sebegini biasanya suka menunjuk-nunjuk koleksi mereka. Jikalau item yang mereka kumpul itu harga pasarannya naik, mesti mereka turut mencanangnya sama ada di post blog mereka atau status di Facebook.

Saya juga bukan pengkaji Die variety atau juga duit error Malaysia tetapi sebelum anda berkata mengenai duit syiling Variety itu palsu, sila buat kajian terlebih dahulu adakah pengumpul Duit Syiling Die Variety itu wujud didunia ini. Janganlah jadi katak bawah tempurung yer....

Kekurangan duit syiling Malaysia pada kondisi UNC dan BU telah lama berlaku sejak dari dulu lagi tetapi bukan semua. Ada beberapa duit syiling yang susah untuk ditemui pada kondisi UNC/BU sebab tidak ramai yang menyimpannya. Harganya bukanlah seperti yang kita dapat lihat didalam katalog. Jika anda dapat membeli duit syiling Malaysia pada gred UNC dan BU pada harga buku Steven Tan itu bermakna anda memang bertuah.

Pernahkah anda terfikir, jika harga duit syiling parlimen Malaysia meningkat naik, siapakah yang akan untung? Penjual? Tahukah anda Big dealer juga turut membeli daripada small dealer dan juga collector pada harga yang mahal?

Pernahkah anda terfikir, jika tidak ada permintaan bermakna tidak ada penawaran?

Pernahkah anda terfikir, semakin ramai rakan-rakan yang mula mengumpul duit syiling Malaysia pada kondisi BU dan UNC? Bukan semua tahun duit syiling Malaysia itu boleh ditemui dengan kondisi UNC dan BU?


Di Malaysia pada ketika ini, jelas kelihatan kita semakin dipisahkan oleh sebab bangsa dan agama. Kita hanya tahu mempersalahkan bangsa yang lain sehingga lupa berfikir secara rasional. Bagi saya, racism hanya akan merugikan kita. Bangsa apa sekalipun kita, semua kita tinggal di negara Malaysia. Kita juga yang akan sama-sama merasa bahangnya apabila semua orang didalam negara ini berpecah sebab bencikan bangsa yang lain.

Carilah ilmu numismatik bukan hanya mencari koleksi, anda mungkin lebih tua daripada saya, tidak bermakna anda mempunyai ilmu numismatik yang lebih tinggi daripada saya. Saya menulis blog juga, tidak bermakna kesemua isi kandungan didalam blog ini datangnya daripada saya, anda juga mungkin mempunyai ilmu numismatik yang lebih bagus daripada saya.