Isnin, 3 Jun 2013

Rahsia 1 sen 1970

rare coin

1 sen 1970
Ramai orang yang bercerita mengenai 10 sen 1971 dan 1 sen 1976 tetapi ramai yang tak tahu mengenai rahsia duit syiling 1 sen 1970. Sebenarnya bukanlah rahsia tetapi cerita itu mungkin tak ramai yang tahu.

Mungkin tahun ni, syiling ini boleh menjadi buruan selepas saya kongsi cerita mengenainya.

Semua orang tahu duit syiling 1 sen 1970 agak istimewa kerana ianya ditempa di Hamburg Mint German sebanyak 2,535,000 keping. Syiling copper ini di antara duit syiling key date Malaysia dan ramai yang memburunya. Syiling ini pada gred kondisi Brilliant Uncirculated (BU) boleh mencecah sehingga RM250 sekeping kerana kesukaran untuk mendapatkan syiling ini pada kondisi tersebut.


1 sen 1970 Copper Clad Steel
Rasanya ramai yang sudah tahu mengenai duit syiling 1 sen 1970 Copper Clad Steel, Wrong Metal Errors untuk duit syiling ini yang pernah diceritakan oleh Sifu Dickson Niew; Malaysia rare coin 1970 1 cent. Menurut beliau didalam artikel tersebut, setakat ini hanya ada 4 keping sahaja duit syiling tersebut yang ditemui disalah cetak menggunakan copper clad steel. Dua keping di Malaysia (sekeping UNC, sekeping GVF), sekeping di Singapura dengan gred MS63RB (NGC) Pattern Steel Clad dan sekeping lagi ditemui diluar negara yang tidak dinyatakan negaranya.

1970 coin

Kepada Newbies, mungkin anda boleh cuba periksa duit syiling 1 sen 1970 anda dengan magnet. Jika duit syiling itu melekat magnet, maknanya itu duit syiling yang dicari. Untuk duit syiling 1 sen lain yang perlu diperiksa dengan magnet, anda boleh cuba membaca artikel yang saya publish sebelum ini; 1 sen melekat magnet atau tidak.

Berapakah harganya? Mengikut artikel di blog Sifu Dickson Niew:
Very Fine=RM800
Extremely Fine=RM1500
Uncirculated=RM4500
Briiliant Uncirculated=RM5500
Rasanya untuk tahun ini harganya sudah meningkat kerana tidak ada lagi sesiapa yang mengaku telah menemui syiling itu untuk tahun ini.


Variety 1 sen 1970
Sewaktu saya sedang membaca blog Sifu Dickson Niew, saya juga terjumpa beliau bercerita mengenai kewujudan 2 jenis variety untuk duit syiling 1 sen 1970 ini. Saya tidak ingat artikel mana satu tetapi apabila saya berpeluang untuk bertemu dengan beliau minggu lepas, saya terus bertanya mengenai variety yang diperkatakan oleh beliau.

Menurut beliau untuk membezakan variety ini amat mudah, anda hanya perlu melihat rim sebelah dalam duit syiling anda. Jika rim itu lurus menegak bermakna ianya adalah variety 2 dan jika ianya ada sedikit mendatar, ianya adalah variety 1. Kebanyakan duit syiling yang ada didalam simpanan kolektor adalah variety 2.

coin rim

coin variety

Rim pada duit syiling yang timbul mengelilingi duit syiling dibuat untuk melindungi permukaan duit syiling daripada dirosakkan oleh persekitaran ketika ianya diedarkan.

Apabila kita berbicara mengenai variety, tak semua collector terutamanya newbies faham apa itu variety dan kenapa collector yang lain mengejarnya. Apabila anda sudah mula seronok dan faham dengan hobi ini, anda mungkin boleh merasa keindahan melengkapkan koleksi anda dengan semua variety yang wujud.

Selamat memburu 1 sen 1970 Variety 1 dan juga 1 sen 1970 Copper Clad Steel.