Jumaat, 1 Februari 2013

Seminar duit syiling error Malaysia

Satu seminar mengenai duit syiling error Malaysia akan diadakan oleh Kelab Warisan Numismatik (KWN) pada 27hb April 2013 di Kuantan, Pahang. Hanya 40 orang peserta yang akan dipilih untuk menyertai seminar itu berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Menurut Dato Hj Sharuddin bin Hj Yusof yang juga pengerusi KWN melalui blognya sharuddin58.blogspot.com seminar ini diadakan bertujuan untuk memberikan penekanan kepada kolektor baru dalam kaedah asas bagi mengenali , menilai dan menjaga koleksi wang yang ada pada kolektor semua serta mengajar collector didalam bidang error Coins.

duit error

Persetujuan untuk mengadakan seminar ini terhasil melalui Mesyuarat Pengurusan Kelab Warisan Numismatik yang telah diadakan pada 29.01.2013. Kelab Warisan Numismatik adalah salah satu Kelab mengumpul duit lama yang aktif di Malaysia pada ketika ini.

SEMINAR BERKAITAN ERROR COINS MALAYSIA
Tarikh: 27hb April 2013
Tempat: Hotel Sahzan Inn, Kuantan, Pahang.

ATURCARA:
2.00ptg - pendaftaran
2.15ptg - KERTAS PERTAMA: KAEDAH ASAS MENGENALI , MENILAI DAN MENJAGA SYILING MALAYSIA.
Penceramah: Mr. Dickson Niew (Penasihat Kelab Warisan Numismatik)
Pemudahcara: Dato Hj Sharuddin bin Hj Yusof (Presiden Kelab Warisan Numismatik)
3.00ptg - Pertanyaan dan soal jawab
3.50ptg - KERTAS KEDUA: MENGENALI ERROR COINS MALAYSIA.
Penceramah: Mr. Dickson Niew (Penasihat Kelab Warisan Numismatik)
Pemudahcara: Tuan Haji Azmi bin Abd. Malik (Timbalan Presiden Kelab Warisan Numismatik)
4.20 ptg - Pertanyaan dan soal jawab
4.50ptg - Penyampaian Sijil Seminar Kepada Peserta oleh Dato' Haji Sharuddin bin Haji Yusof (Presiden Kelab Warisan Numismatik)
5.00ptg - Jamuan minum petang.

** Pesta Jualan Duit lama akan diadakan disepanjang Seminar **

Peserta terbuka kepada semua ahli numismatik seluruh negara .

Bayaran : RM70.00 (bukan ahli)
RM 50.00 (ahli & rakan Kelab Warisan Numismatik).

Penyertaan : 40 peserta sahaja

Pertanyaan & Pendaftaran peserta (sms): 019-9185858, 013-9227750, 013-9397888.