Infografik: Top 3 duit Malaysia termahal

Di entri ini saya berkongsi Infografik: Top 3 duit Malaysia termahal. Saya masih belajar untuk membuat infografik yang menarik. Oleh itu, maafkan saya jika infografik yang saya buat ini tidak begitu menarik. Saya juga akan cuba untuk memperbaiki mutu rekabentuk infografik yang saya hasilkan di masa akan datang.

Untuk infografik percuma ini, saya kongsikan 3 duit syiling Malaysia yang menjadi buruan dan dicari oleh pengumpul duit lama diseluruh negara. Saya juga kongsikan harga pasaran terkini duit syiling tersebut (setakat 1/1/2013).

Anda dibenarkan untuk berkongsi infografik ini dengan syarat tidak mengubah sebarang rekabentuk dan maklumat yang saya sertakan. Jika boleh, tolong kongsikan link post/blog ini di post/entri yang anda buat.

malaysia coin

Kepada anda yang masih baru didalam blog ini dan ingin mencari harga kesemua duit syiling Malaysia, anda boleh membaca post disini; Senarai lengkap harga duit syiling Malaysia.

Untuk anda memahami tentang duit syiling 1 sen 1976 dan 1 sen 1973 yang perlu diperiksa dengan magnet seperti didalam gambar infografik tersebut, anda boleh membaca post ini; 1 sen melekat magnet atau tidak.

Kepada mereka yang bertanya berkenaan duit 50 sen berparit, saya ada berkongsi mengenainya di post ini; Duit 50 sen belah tepi.

Kepada anda yang masih tak tahu bagaimana hendak menjual duit lama yang anda ada, anda boleh baca post yang saya telah buat disini; Panduan mudah menjual duit lama.

Kesemua Grafik yang ada didalam gambar ini dihasilkan oleh blog saya www.malaysiancoin.com dan juga dniewcollectors.blogspot.com.

Jika anda ada cadangan untuk infografik saya yang akan datang, sila berkongsi melalui email, Facebook ataupun komen di post ini.

Terima kasih.


6 comments:

  1. akubiomed said...:

    Mahal harganya dipasaran.

  1. puteri kasih said...:

    perkongsian yang sangat menarik..rasanya ada banyak 1 sen tu kat rumah puteri

  1. tehr said...:

    satu idea yang menarik, bro
    tahniah

  1. zool said...:

    ada yang selak-selak rumah tengok mana tau ada duit syiling lama tercicir..

  1. Bardboo said...:

    wow! boleh tahan harganya...

  1. catherine- said...:

    saya gembira baca entry ini ;))

    yeyy yeyyy~

 
Malaysian Coin © 2011 | Designed by Chica Blogger.