Top 10 syiling buruan tahun 2012

Terima kasih kepada rakan-rakan dan pembaca blog sekalian yang telah mengundi untuk Top 10 syiling buruan tahun 2012. Walaupun tidak ramai yang turut serta mengundi tetapi bantuan anda semua amat saya hargai. Memandangkan blog ini adalah mengenai duit syiling Malaysia, syiling yang dicari pada tahun 2012 yang saya kongsikan disini juga adalah mengenai duit syiling Malaysia sahaja.

Syiling buruan yang saya maksudkan disini adalah duit syiling yang dicari pengumpul duit syiling, seringkali diperkatakan oleh mereka dan juga sememangnya dicari oleh kolektor semua.

Kenapa duit syiling ini diburu pengumpul duit lama? Ada di antaranya diburu kerana "low mintage" atau jumlah syiling yang sedikit seperti duit syiling 10 sen 1971, 1 sen 1970 & $1 1982 parlimen. Adalah agak sukar dan hampir mustahil untuk mendapatkan syiling-syiling ini melalui duit syiling yang kita dapat didalam edaran.

10 sen 1971

Pada tahun 2012, apa yang hangat diperkatakan oleh pengumpul duit syiling Malaysia adalah koleksi coin card $1 nordic gold. Ramai daripada pengumpul baru dan lama mula menyimpan koleksi coin card ini sebaik ceritanya tersebar di sosial media. Ini menyebabkan harga sesetengah coin card melambung dengan sangat tinggi (contoh coin card piala dunia hoki) dan pada hujung tahun harganya jatuh secara drastik juga. Anda boleh baca artikel yang saya tulis disini; isu lambakan coin card dipasaran.

Pada tahun 2012 juga menyaksikan duit syiling 10 sen 1971 V1 mula menjadi buruan pengumpul duit lama sebaik berita duit syiling itu mencapai harga RM600 didalam acara lelongan yang diadakan oleh Malaysia Numismatic Society (MNS) pada 24 Jun 2012. Bukan sahaja duit syiling 10 sen 1971 V1 sahaja yang diburu, 10 sen 1971 V2 juga habis dibeli pengumpul duit lama di kawasan Lembah Klang. Malahan, harga untuk V2 itu adakalanya melambung lebih mahal daripada harga pasaran semasa.

1 sen 1976 copper juga masih hangat dibincangkan pada tahun 2012. Ada yang mengatakan yang 1 sen 1976 juga dikeluarkan menggunakan bronze tapi kepada sesiapa yang berpendapat sedemikian, sila baca dahulu post saya; 1 sen 1976 copper or bronze. Duit syiling ini mendapat tempat dihati peminat apabila ianya mendapat harga yang luar biasa ketika dilelong di Singapura. Sejak itu, pelbagai cerita mengenai duit syiling ini timbul. Apa pun cerita yang anda dengar yang pastinya duit syiling ini pada kondisi UNC dan BU adalah agak sukar ditemui.

Berikut adalah senarai duit syiling Malaysia yang menjadi buruan pada tahun 2012 sebagai panduan anda semua:

Top 10 syiling buruan tahun 2012:
1. 1 sen 1976 copper
2. 50 sen milled edge
3. 10 sen 1971 V1
4. 1 sen 1973 copper clad steel
5. 20 sen 1970
6. 50 sen 1988 extra dot
7. $1 1982 parlimen
8. 1 sen 1970
9. Syiling Pruf perak tahun 1999 dan ke atas.
10. Coin card shah alam


7 comments:

  1. tehr said...:

    dekat dua bulan juga aku jaga kedai runcit mak aku ni
    memang payah la nak jumpa duit lama

    payah nak jadi kaya
    haha

  1. Hairul Hissam said...:

    saya masa kecik suka main jentik syiling bagi dia berpusing.. selalu gak tengok tahun duitnya... kalau masa tu saya simpan.. tentu boleh jual mahal..

  1. CIK TOM said...:

    ciktom dh slowly simpan duit syiling lama...siap beli bukunya..hehe..

  1. Budak Nakal said...:

    Agak banyak gak duit syiling lama dalam tabung koz ni..hhii nnt nk try semaklah kot2 ada seperti list di atas^^

  1. hafizmd said...:

    Secara tak sengaja jugak, ambe dah terkumpul beberapa keping syiling lama...nanti bolehlah tgk, kot2 ada harga...hehe

  1. Hmmm.. mcm ada ni.. Open for auction. Bidding start at RM 1k.. he he :D

  1. ajai said...:

    erm..x sangka duit syiling yg aku dok kutip masa kecik2 dlu ada harga..x rugi aku smpan..ada sekeping syiling top 4..hehe

 
Malaysian Coin © 2011 | Designed by Chica Blogger.