Isu lambakan coin card di pasaran

Hari ini saya hendak bercerita mengenai isu lambakan coin card di pasaran. Namun, sebelum itu ada baiknya anda membaca post ini; Malaysia Coin Card Crazy, kerana ianya boleh membantu anda memahami apa yang diperkatakan di dalam entri ini. Saya juga ada menceritakan mengenai isu harga coin card yang jatuh kerana kuantitinya yang banyak dipasaran di dalam post tersebut.

Ramai pengumpul coin card yang mengeluh harga beberapa coin card jatuh dengan mendadak terutamanya ketika cuti sekolah bermula hujung tahun 2012. Bukan hanya pengumpul baru sahaja yang mengeluh, ada juga penjual duit lama yang turut terkena tempiasnya.


Di antara harga coin card yang jatuh teruk adalah piala dunia hoki jatuh sehingga RM40 daripada harga RM150 dan juga siri burung spesies terancam (12 coin card) yang jatuh sehingga RM140 dari harga RM250 untuk satu koleksi lengkap. Anda boleh membaca harga terkini coin card di post ini; Senarai Harga Coin Card Malaysia.

Sepertimana yang saya cakap sebelum ini, coin card ada ramai "investor". Kebanyakan daripada mereka ini bukanlah pengumpul duit syiling Malaysia. Mereka akan jual coin card apabila mereka memerlukan wang untuk digunakan. Jika mereka ini menjual 100 keping coin card pada masa yang sama, sudah cukup untuk membuatkan harga coin card jatuh di pasaran. 

Kecuali jika mereka menjual 100 keping tersebut kepada seorang penjual dan penjual tersebut menjualnya dikedainya sahaja. Namun, itu adalah perkara mustahil untuk terjadi kerana coin card dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia didalam kuantiti yang agak banyak (biasanya 10,000 keping). 

Usaha untuk mengawal harga coin card ini untuk terus naik di pasaran oleh beberapa orang speculator juga saya lihat setakat ini kurang berhasil. Kecuali untuk beberapa duit syiling yang keluarannya memang sedikit (Jumlah rasminya beribu tetapi bukan semua ditempa oleh kilang duit) seperti duit syiling peringatan Shah Alam sebagai bandaraya.

Ada yang bertanyakan kepada saya, adakah berbaloi untuk menyimpan coin card sebagai pelaburan? Jawapan itu sepatutnya anda tanya diri sendiri kerana bagi saya anda lebih tahu jawapannya. Di dalam apa-apa pelaburan pun, jika andalah antara yang terawal turut serta didalam pelaburan itu, anda biasanya tidak ada masalah untuk mengaut keuntungan.

Pengumpul coin card serius di Malaysia ini saya rasa tidaklah ramai sangat, paling ramaipun ada seribu orang sahaja dan tidak semua pengumpul ini tertumpu di Kuala Lumpur. Namun, anda juga harus ingat, suatu hari nanti, duit syiling lain (parlimen, bunga raya, malaya, straits settlements dsb) akan berkurangan di pasaran. Kemungkinan untuk pengumpul coin card bertambah adalah tinggi. Pada tahun 2010, tidak ramai pengumpul duit lama yang pandang pada coin card ini. Kebanyakan darinya dijual tidak jauh dari harga jualan asalnya.

Apabila ramai pengumpul duit lama yang mula mencari coin card di akhir tahun lepas, sedikit demi sedikit harganya melambung. Ramai pengumpul duit lama yang serius terus membeli coin card yang mereka jumpa walaupun harganya mahal kerana takut tidak dapat melengkapkan koleksi mereka. 

Apabila ramai orang mencari coin card, sedikit demi sedikit, coin card ini keluar dipasaran. 

Apabila ada permintaan, adalah penawaran.

Bagi saya, isu lambakan coin card di pasaran adalah perkara biasa untuk pengumpul duit lama. Benda dah banyak kat pasaran takkan harganya sama juga ketika ianya sukar untuk dicari. Jika anda hendak menjual coin card dan harga pasarannya telah menjadi murah dari harga yang anda beli, simpanlah dulu. Seorang sifu pernah memberitahu saya, harga coin card yang ada dipasaran sekarang adalah harga spekulasi, sebab itu pada buku yang diterbitkannya harga coin card adalah lebih murah dari harga pasaran. Ini kerana beliau tidak menyokong spekulasi, coin card dikeluarkan pada jumlah yang agak banyak, tak mungkin harganya mencecah sehingga beratus-ratus ringgit sekeping.


2 comments:

  1. wei banknotes said...:

    a nice topic. quit like it. there is people who try to control the price.for example.i heard there is a singapore invester control over 2000 pieces of pandu puteri coin card .BUT i think. invest in coin card can bring some profit. BUT the coin card that should be invest are those only had mintage of 20k. More than 20k is not ideal to invest. i believe the market for coin card will hot again.

  1. tehr said...:

    betul tu
    spekulasi ni bukan boleh dipercayai
    untuk buat untung, sebenarnya tak boleh tamak

 
Malaysian Coin © 2011 | Designed by Chica Blogger.