Sunday, October 28, 2012

Extra dot syiling Malaysia

Ada yang bertanya kepada saya, untuk syiling tahun berapakah yang ada extra dot dan dikira sebagai berharga kepada pengumpul duit lama? Jika mengikut catatan rasmi hanya ada 3 sahaja duit syiling extra dot yang mempunyai harga yang menarik di dalam pasaran numismatik Malaysia; Duit syiling 5 sen 1982, 50 sen 1979 dan juga 50 sen 1988. Ada juga syiling extra dot lain yang turut mendapat tempat di kalangan peminat duit error. Namun, hanya 3 jenis extra dot itu sahaja yang didokumenkan oleh Steven Tan. Jika duit extra dot lain didokumentasikan dan dimasukkan di dalam mana-mana buku numismatik Malaysia, harganya pasti akan menjadi menarik juga. Cuma tidak ada mana-mana lagi sifu yang berbuat demikian. Di sini saya kongsikan sekali lagi duit syiling extra dot Malaysia.

Extra dot

1982 dot
Ciri-ciri syiling 5 sen 1982 extra dot yang tulen:
  • Dot besar pada bangunan Parlimen.
  • Di sebelah dot besar yang terletak di bangunan Parlimen akan kelihatan tompokan dot-dot kecil di sebelah kiri.
  • Di bahagian bulan dan bintang, akan kelihatan tompokan dot berdekatan bahagian bintang, disebelah bawahnya.
  • Berdekatan dengan ukiran GC di atas bumbung parlimen, ada kelihatan tompokan dot.


extra dot
Ciri-ciri syiling 50 sen 1979 extra dot yang tulen:
  • Satu dot yang agak besar di bawah bumbung kecil bangunan parlimen



50 sen
Ciri-ciri syiling 50 sen 1988 extra dot yang tulen:
  • Satu dot berdekatan dengan bangunan parlimen.
  • Satu dot lagi adalah dot besar di atas bangunan Parlimen.