Jumaat, 5 Oktober 2012

3 cara mempamerkan duit syiling

Bagaimanakah anda mempamerkan duit syiling yang ada di dalam koleksi anda? Ramai daripada kita yang hanya menyimpannya di dalam album duit syiling tanpa mempamerkankannya kerana sebab masing-masing. Namun, ada juga rakan-rakan mengumpul duit lama ini yang suka untuk mempamerkan koleksi mereka untuk tatapan rakan-rakan dan keluarga. Menjadi satu kepuasan apabila ada rakan-rakan dan keluarga yang memuji koleksi yang mereka ada. Selain itu, ianya juga memudahkan untuk mereka yang suka untuk melihat koleksi mereka sendiri, tidak perlu membelek album untuk melihat koleksi. Keseronokan membelek koleksi  duit lama masing-masing adalah sesuatu yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Bagi sesetengah dari anda, hati tiba-tiba akan merasa tenang apabila telah dapat melihat koleksi, bukan?

pameran duit

Almari Khas Duit Syiling
Ada yang suka menyimpan duit syiling mereka di dalam almari kaca yang mudah dilihat dari luar. Seperti gambar yang dapat anda lihat disini, ini adalah almari kaca yang ditempa khas oleh seorang kolektor untuk mempamerkan koleksi duit syiling peringatannya. Ada 5 tingkat rak kaca dengan satu lampu disebelah atas yang menyinari duit syiling tersebut. rakan tersebut membelanjakan sekitar seribu ringgit untuk mendapatkan almari ini. Ini adalah almari yang kedua ditempah olehnya, almari yang pertama disimpan dirumah dan yang ini adalah untuk pameran di pejabatnya. Beliau bercadang untuk meletakkan syiling bukan pruf dan juga sedikit coin card di dalam almari ini. Silika gel akan diletakkan didalam alamari ini untuk mengelakkan kelembapan berlebihan yang ditakuti boleh merosakkan duit syiling kesayangannya. Beliau juga bercadang untuk membuat almari sperti didalam muzium matawang untuk duit syiling rarenya tetapi kos yang agak tinggi membuatkan dia menangguhkan dahulu rancangan tersebut. Anda boleh cuba bertanya dengan kedai perabut berdekatan anda, ada yang bersedia untuk membuat almari custom made sebegini dengan harga yang berpatutan.

Frame duit syiling

Frame Duit Syiling
Ada juga yang  suka mempamerkan duit syiling mereka didalam frame atau bingkai yang dibuat khas. Jika anda bertanya kepada saya diamana anda boleh mencari orang yang boleh membuat bingkai/frame duit syiling; ada seorang penjual duit lama di Uptown Shah Alam yang ada membuat frame custom made untuk syiling, Che Lee atau lebih dikenali sebagai Uptown Banknote. Anda boleh berhubung secara terus dengan beliau:
Uptown Banknote & Coin Collection
Address: Lot 36, Blok B. Kompleks Muhibbah, Seksyen 24, Shah Alam.
Tel: +60-142364828 (better called him before you make a visit)
email: cheely08[at]gmail.com
Facebook: Uptown Banknote

Frame yang dibuat oleh beliau biasanya menepati citarasa pengumpul duit lama dan pada pandangan saya sendiri amat cantik. Namun, pastikan anda menempa frame duit syiling yang memudahkan anda untuk menukar airtite/coin capsules didalamnya kerana ianya perlu ditukar 5 tahun sekali. Jika anda tidk tahu dimanakah Uptown di Shah Alam, anda boleh membaca entri saya; Uptown Shah Alam.

Coin Capsule Drawer
Bagi mereka yang suka meletakkan syiling mereka didalam capsules, Coin capsule drawer mungkin satu lagi pilihan yang boleh dibuat untuk mempamerkan duit syiling. Ia biasanya ada dijual di kedai-kedai duit lama. Anda boleh membaca post ini; Kedai duit Lama Seluruh Malaysia dan cuba bertanya kepada penjual duit lama yang terdekat dengan anda jika mereka mempunyai Coin capsule drawer. 

Ada lagi cara mempamerkan duit syiling yang saya tidak masukkan ke dalam entri ini? Sila komen dan berikan pendapat anda. Terima kasih.