Terima Kasih kepada Rakan Blogger

Entri ditulis bertujuan untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan blogger yang telah dan akan memberikan blog review kepada blog ini. Saya akan senaraikan blog review tersebut di dalam entri ini supaya kedua-dua pihak mendapat manafaat. Cuma saya tak dapat nak blog review blog anda semula kerana niche blog ini lebih fokus kepada syiling Malaysia, harap anda semua faham. Terima kasih saya ucapkan kepada anda semua kerana blog saya memang memerlukan bantuan daripada anda. Setakat ini, ada satu blog review yang telah saya temui daripada rakan-rakan blogger. Jika ada lagi rakan blogger yang ingin membuat blog review dan saya tidak sedar mengenainya, boleh email kepada saya atau komen di entri ini.

blog review

Tujuan blog ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada bukan kolektor tentang hobi mengumpul duit syiling Malaysia. Ada banyak cerita yang tidak betul di luar sana tentang hobi mengumpul duit syiling lama. Diharap, blog ini dapat dijadikan rujukan sama ada kepada rakan blogger atau juga kepada orang ramai diluar sana. Kebanyakan bukan kolektor lebih mementingkan harga duit lama tersebut. Namun, bagi kami (kolektor) setiap duit syiling itu mempunyai maknanya yang tersendiri. Ramai bukan kolektor salah faham yang usia syiling itu akan menentukan harganya. Saya akan cuba mengubah presepsi yang ada sebegini dan berharap anda akan turut serta di dalam hobi ini.

Di sini saya senaraikan blog review setakat ini:
1. Daripada Padin: Hobi : Malaysian Coin.
2. Daripada Irshah: Irshah.com blog Directory

Terima Kasih.


Subscribe to receive free email updates: