Khamis, 23 April 2020

Duit syiling 20 sen Parlimen

Maklumat mengenai duit syiling 20 sen parlimen yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Duit syiling ini dikeluarkan bermula daripada tahun 1967 sehingga 1988. Namun, terdapat tahun-tahun tertentu yang tidak dikeluarkan untuk duit syiling parlimen ini.

Tahun syiling 20 sen yang dicari
1970, 1971 dan 1979

20 sen

Pada bahagian belakang, nilai denominasi "20 SEN" tertera ditengah-tengah dan di apit kiri kanan oleh bunga raya, bunga kebangsaan Malaysia serta tulisan "MALAYSIA" di sebelah atas dengan tahun syiling disebelah bawah.

duit parlimen

Pada bahagian hadapan siri ini kelihatan bangunan Parlimen di Kuala Lumpur, sebagai lambang demokrasi Malaysia. Lambang bulan sabit dan bintang berbucu 13 diambil daripada bendera Malaysia, melambangkan Malaysia sebagai negara Islam dan 13 buah negeri di Malaysia.

Duit syiling ini direka oleh Geoffrey Colley dan anda boleh menemui ukiran "GC" di bahagian hadapan duit syiling siri ini, dibawah bangunan Parlimen. Namun, ada juga duit syiling yang tidak mempunyai ukiran GC kerana masalah die syiling (alat untuk menempa duit syiling) yang tersumbat.

Spesifikasi Teknikal:
Nilai muka: 20 sen.
Diameter: 23.5 mm.
Berat: 5.65 gm.
Komposisi: Copper -Nickel.
Sisi: Milled.
Mint: Royal Mint, UK., Hamburg Mint, Germany & Kilang Wang Shah Alam.

Senarai Tahun Keluaran & Mintage Duit 20 sen Parlimen:

Tahun Keluaran Mintage (pcs)
1967 49,560,000
1968 40,440,000
1969 15,000,000
1970 1,054,000
1971 9,958,419
1972 tidak dikeluarkan
1973 116,075,286
1974 tidak dikeluarkan
1975 tidak dikeluarkan
1976 47,396,373
1977 66,139,363
1978 6,847,062
1979 17,345,888
1980 32,837,339
1981 144,127,993
1982 97,904,462
1983 tidak dikeluarkan
1984 tidak dikeluarkan
1985 tidak dikeluarkan
1986 tidak dikeluarkan
1987 26,225,289
1988 67,218,075


Tahun tiada keluaran:
1972, 1974, 1975, 1983, 1984, 1985, 1986

Untuk mengetahui nilai dan harga duit syiling ini, anda bolehlah membacanya di dalam artikel; Nilai duit syiling 20 sen mengikut tahun.