Sabtu, 23 Jun 2012

Jualan Syiling Peringatan Sultan Abdul Halim

Semalam, Timbalan Gabenor BNM, Datuk Muhammad Ibrahim telah menemui Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV Almu'tasimu Bilahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah untuk mempersembahkan duit syiling peringatan sempena pertabalan baginda yang Di-Pertuan Agong. Tiga jenis duit syiling peringatan akan dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) yang akan mula dijual di seluruh cawangannya mulai 28 Jun 2012. Syiling tersebut akan di tempa dalam denominasi yang berikut; RM100 999.9 pruf emas, RM10 92.5 pruf emas dan juga RM1 Emas Nordic.

Duit Syiling peringatan
Photo Bernama: Timbalan Gabenor BNM mempersembahkan duit peringatan

Sultan Abdul Halim

Muka hadapan syiling memaparkan potret Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Bilahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah yang telah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong 14 dipaparkan di tengah-tengah duit syiling. Nama penuh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda tertulis di sepanjang lilitan duit syiling.
Istana Negara

Muka belakang duit syiling ini menggambarkan imej baru Istana Negara dan lambang kebesaran diraja. Perkataan "Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV" muncul pada lilitan atas duit syiling, manakala nama "Bank Negara Malaysia" sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan dan nilai muka dipaparkan pada lilitan lebih rendah duit syiling tersebut.

Duit syiling peringatan emas (pruf)
Spesifikasi Teknikal:
Aloi: Emas(Au999.9)
Nilai Muka (RM): 100
Harga Jualan (RM): 1800
Mintage (piece/set): 500
Diameter (mm): 22.00
Berat (gram): 7.96

Duit syiling peringatan perak (pruf)
Spesifikasi Teknikal:
Aloi: Perak (Ag92.5)
Nilai Muka (RM): 10
Harga Jualan (RM): 150
Mintage (piece/set): 600
Diameter (mm): 35.70
Berat (gram): 21.00

Duit syiling peringatan  Nordic Gold  (B.U)
Spesifikasi Teknikal:
Aloi: Nordic Gold (B.U.) Cu89 Zn5 Al5 Sn1
Nilai Muka (RM): 1
Harga Jualan(RM): 10
Mintage (piece/set): 15,000
Diameter (mm): 30.00
Berat (gram): 8.80

Set 2 dalam 1 (silver and Nordic gold proof)
Harga Jualan(RM): 200
Mintage (piece/set): 500

Set 3 dalam 1 (gold, silver and Nordic gold proof)
Harga Jualan(RM): 2,000
Mintage (piece/set): 500

Duit syiling peringatan ini akan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia dan mula dijual pada 28 Jun 2012 di headquarters BNM (BNMLINK), Bank Negara Malaysia Museum & Art Gallery (MAG), Cawangan BNM di Penang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.