Selasa, 29 Mei 2012

Pelancaran duit peringatan Pandu Puteri

Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah hari ini berkenan untuk melancarkan duit syiling peringatan sempena ulang tahun ke-100 Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia di Kinta Riverfront Hotel & Suites. Dua jenis duit syiling diperkenalkan iaitu duit syiling RM10 perak (pruf) dan duit RM1 nordic gold (coin card). Duit syiling perak dijual pada harga RM150 dan coin card 100 tahun pandu puteri dijual pada harga RM10. Para pengumpul duit lama boleh mula membelinya esok (30 Mei 2012) di ibu pejabat Bank Negara Malaysia (BNMLINK), Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia, dan pejabat wilayah dan cawangan Bank Negara Malaysia di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.

Pandu Puteri
Photo Bernama: Ahli Pandu Puteri bersama replika duit syiling.


WAGGGS
Pada bahagian hadapan duit syiling terpapar logo Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Sedunia tertera di tengah duit syiling ini dan perkataan Ulang Tahun Ke-100 pada bahagian atasnya sebagai menandakan sambutan ulang tahun pergerakan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri antarabangsa yang keseratus, yang diadakan selama tiga tahun, dari tahun 2010 hingga 2012. Pada bahagian bawah duit syiling pula tertera perkataan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia.

pandu puteri
Pada bahagian belakang duit syiling dipaparkan logo Persatuan Pandu Puteri Malaysia sebagai menggambarkan penglibatan Malaysia dalam Persatuan Sedunia ini. Perkataan Bank Negara Malaysia, iaitu pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini, dipaparkan pada bahagian atas duit syiling, manakala nilai muka duit syiling tertera pada bahagian bawahnya.

Duit syiling peringatan ini sah diperlakukan dan spesifikasinya adalah seperti yang berikut:

RM10 Duit Syiling Peringatan Perak (pruf)
Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan berat setiap keping ialah 21.00 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan dijual pada harga RM150 sekeping. Hanya sebanyak 600 keping sahaja ditempa.
WAGGGS
Technical Specifications:
Jenis: Perak (Pruf)
Alloy: Silver (Ag92.5)
Nilai Muka: RM10
Harga Jualan: RM150
Jumlah tempaan (piece/set): 600
Diameter(mm): 35.70
Berat (gram): 21.00
Bentuk : Bulat dengan sisi bergerigi

RM1 Duit Syiling Peringatan Emas Nordic
Nilai muka duit syiling emas Nordic ini ialah RM1 dan harga jualannya ialah RM10 sekeping. Sebanyak 15,000 keping sahaja ditempa.
Pandu Puteri
Spesifikasi teknikal:

Jenis: Nordic Gold (B.U.)
Alloy: Cu89 Zn5 Al5 Sn1
Nilai Muka: RM1
Harga Jualan: RM10
Jumlah tempaan (piece/set): 15,000
Diameter(mm): 30.00
Berat (gram): Weight (gram): 8.80
Bentuk : Bulat dengan sisi bergerigi


Set 2 dalam 1
Duit syiling peringatan ini juga boleh didapati dalam set 2 dalam 1. Set 2 dalam 1 ini mengandungi duit syiling perak dan emas Nordic pruf. Set ini dijual pada harga RM200 setiap satu dan hanya terdapat 500 set sahaja.
100 Years of Girl Guides
Spesifikasi teknikal:
Jenis: Set 2 dalam 1
Harga Jualan: RM200
Jumlah tempaan (piece/set): 500

Pandu Puteri bermula di Kuala Lumpur pada tahun 1916 dan pada tahun 1917 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah didaftarkan dengan Ibu Pejabat Pandu Puteri di Calcutta, India. Pusat pentadbiran Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah di Singapura sehingga tahun 1956. Mulai tahun 1957, Ibu Pejabat Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertapak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur.