Jumaat, 1 Mei 2020

Syiling 50 sen Bunga Raya

Maklumat mengenai duit syiling 50 sen Bunga Raya yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Duit syiling Bunga Raya mula diperkenalkan ke dalam edaran pada 4 September 1989 dengan tradisi Malaysia sebagai ciri-ciri reka bentuk/tema.

Tahun syiling 50 sen yang dicari
50 sen 1995

50 sen

Pada bahagian belakang nilai denominasi 50 SEN di bahagian bawah dengan bunga kebangsaan, Bunga Raya, di bahagian tengah atas duit syiling. Perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" tertulis di sepanjang lilitan atas dengan tahun tempaan duit syiling terbabit di antara nilai denominasi.

50 sen

Pada bahagian hadapannya tertera ukiran wau bulan menjadi rekabentuk utama.

Wau merupakan satu permainan masa lapang yang popular semasa musim berangin terutama di kalangan penduduk pantai timur semenanjung Malaysia. Ianya memerlukan kemahiran, ketangkasan dan pengalaman untuk membuat dan melayangkannya. Wau juga kadangkala menjadi alat perhiasan dinding rumah di Malaysia.

Spesifikasi Teknikal:
Nilai muka: 50 sen.
Diameter: 27.76 mm.
Berat: 9.33 gm.
Ketebalan: 2,18 mm.
Komposisi: Cu: 75, Ni: 25.
Sisi : Huruf ukir "BANK NEGARA MALAYSIA".
Mint: Kilang Wang, Shah Alam.

SENARAI DUIT SYILING 50 SEN BUNGA RAYA:

Tahun Keluaran Mintage (pcs)
1989 6,639,057
1990 26,276,464
1991 20,720,531
1992 15,134,992
1993 7,657,991
1994 6,565,914
1995 1,650,423
1996 7,475,790
1997 16,143,327
1998 401,622,135
1999 12,085,000 
2000 48,206,000
200167,371,000
2002 61,928,000
2003 32,580,000
2004 37,890,000
2005 691,680,006
2006 19,480,000 (TIADA DI EDARAN)
2007 69,030,000
200861,380,000
2009 94,691,783
2010 TIADA DATA
2011 TIADA DATA


Tahun tiada keluaran:
Untuk makluman, walaupun syiling 50 sen 2006 Bunga Raya;ada didalam rekod. Namun, ianya tidak pernah ditemui dalam edaran.

Untuk mengetahui nilai dan harga duit syiling ini, anda bolehlah membacanya di dalam artikel;Nilai duit syiling 50 sen mengikut tahun